Panduan Solat/Sembahyang Cara Nabi/Rasulullah s.a.w.


Oleh: Rasul bin Dahri

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar solat seperti beliau solat, sebagaimana sabdanya:

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". [1]

Adapun tatacara atau sifat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersolat yang akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini, adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih sahaja di samping menampilkan penjelasan para ulama dan muhaddisin.
1

H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

www.rasuldahri.com

1.

MENYEMPURNAKAN WUDUK

Apabila ingin mendirikan solat, sempurnakanlah wuduk, menghadap kiblat dan bertakbir:

"Apabila engkau hendak sempurnakanlah wudukmu”. [2]

mengerjakan

solat,

maka

Sila baca sifat wudhu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

2.

MENGHADAP KE KIBLAT

Setelah berdiri tegak sebelum bertakbir, maka hendaklah menghadapkan jari-jemari kaki ke arah Kiblat kerana itulah yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

"Beliau menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki beliau ke arah Kiblat". [3] Sewaktu solat, beliau sentiasa menghadapkan segalanya ke arah Kiblat, sehingga ibu jari (jari-jari) kaki beliau juga dihadapkan ke arah Kiblat. [4 ]

"Kemudian menghadaplah ke arah kiblat, dan bertakbirlah" []
5

Setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berdiri untuk solat, beliau mengucapkan "Allahu Akbar", tanpa mengucapkan apa pun kalimah sebelumnya, tidak melafazkan niat dan tidak seorangpun antara para sahabat, tabi'in dan imam yang empat pernah melakukannya. [6]
2 3 4 5 6

H/R Muttafaqun Alaihi. H/R Bukhari dan Abu Daud. Lihat: Sifat Solat. Nabi. Hlm. 174. al-Albani. H/R Muttafaqun Alaihi. Lihat: Tuntunan Rasulullah dalam Ibadah. Hlm. 19. Ibn Qaiyim al-Jauziyah.

2

www.rasuldahri.com

3.

MENGUCAPKAN TAKBIR

"Sesungguhnya solat seseorang tidak sempurna sebelum dia berwuduk dan berwuduk sesuai dengan tuntutannya, kemudian ia mengucapkan: Allahu Akbar". [7] Semasa mengangkat tangan ketika takbir, keadaan kedua telapak tangan beliau menghadap ke arah kiblat. [8]

"Pembuka solat adalah bersuci, pengharamannya setelah bertakbir dan penghalalannya setelah memberi salam". [9]

"Beliau bertakbir dengan suara nyaring sehingga terdengar oleh sesiapa yang berada di belakangnya". [10]

"Ketika beliau sedang sakit, Abu Bakar membantu takbir Rasulullah dengan mengucapkan takbir secara yang nyaring agar dapat didengar oleh manusia". [11]

7 8 9 10 11

H/R Tabrani dengan sanad sahih. Lihat: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, Hlm 19. Ibn Qaiyyim Al-Jauziyah. H/R Abu Daud, Tirmizi, dan Hakim. H/R Ahmad dan Hakim, disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi. H/R Muslim dan Nasa'i.

3

www.rasuldahri.com

Cara Mengangkat Tangan Ketika Bertakbir

"Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat kedua tangannya setanding bahunya ketika memulakan solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuk". [12]

"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam biasa mengangkat kedua tangannya setanding telinganya setiap kali bertakbir". [13]

"Beliau mengangkat kedua tangannya dengan membuka jarijemarinya lurus ke atas. Tidak merenggangkannya dan tidak pula menggenggamnya". [14] "Ada kalanya Nabi mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan ucapan takbir". [15] "Kadang kala mengangkat kedua tangannya sesudah ucapan takbir". [16] "Ada kalanya mengangkat kedua tangannya sebelum ucapan takbir". [17]

12 13 14 15 16 17

H/R Muttafaqun Alaihi. H/R Muslim. H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah. Tirmizi dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi. H/R Bukhari dan an-Nasa’i. H/R Bukhari dan an-Nasa’i. H/R Bukhari dan Abu Daud.

4

www.rasuldahri.com

4.

MEMANDANG KE TEMPAT SUJUD

"Pada kebiasaannya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika solat, menundukkan kepala dan memandang bumi (ke tempat sujudnya)". [18]

"Semasa beliau memasuki Kaabah pandangannya (semasa solat) tetap ke arah tempat sujudnya sampailah beliau keluar darinya". [19]

"Beliau dengan keras melarang memandang ke langit". [20]

"Hendaklah orang-orang berhenti memandang ke langit ketika sedang solat atau matanya tidak dikembalikan lagi kepada mereka. (Dalam riwayat lain: Atau mata-mata mereka akan dicabut". [21]

"Apabila kamu bersolat, janganlah menoleh ke kanan atau ke kiri, kerana Allah akan sentiasa menghadapkan wajah-Nya kepada hamba-Nya yang sedang solat selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri". [22]
18 19 20 21 22

H/R Baihaqi dan Hakim, disahihkan oleh Hakim. H/R Baihaqi dan Hakim, disahihkan oleh Hakim. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Tirmizi dan Hakim. Disahihkan oleh keduanya.

5

www.rasuldahri.com

"Allah akan sentiasa menghadap ke wajah hamba-Nya yang sedang solat selama ia tidak menoleh ke kanan atau ke kiri. Jika hamba itu memalingkan wajahnya, Allah pun akan berpaling darinya". [23]

"(Menoleh ke kanan atau ke kiri) adalah colekan syaitan terhadap orang yang sedang solat (supaya tidak khusyuk)". [24] Menurut Nasiruddin al-Albani rahimahullah: memejamkan mata ketika solat tiada contohnya dari sunnah.

5.

BERSEDEKAP DI DADA

"Beliau meletakkan tangan kanannya pada punggung telapak kirinya, pergelangan atau lengan kirinya". [25]

"Kadang kala beliau mengenggamkan jari-jari tangan kanannya pada lengan kirinya". [26]

"Beliau meletakkan kedua tangannya di dada". [27]

"Beliau meletakkan tangannya yang kanan di atas tangan kirinya". [28]

23 24 25 26 27 28

H/R Abu Daud dan lain-lain. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Abu Daud. Nasa’i. Ibnu Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih dan disahihkan oleh Ibnu Hibban. H/R Nasa'i dan Daruqutni dengan sanad sahih. H/R Bukhari, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah. Ahmad dan Abu Syeikh. Tirmizi menghasankan satu hadis ini. H/R Muslim dan Abu Daud.

6

www.rasuldahri.com

"Beliau melarang dari bercekak pinggang dalam solat". [29] Menurut Nasiruddin al-Albani rahimahullah: Bersedekap di dada adalah perbuatan yang sahih menurut sunnah. Yang bertentangan dengan cara ini adalah lemah dan tidak mempunyai dasar riwayat yang sahih. Caracara yang sesuai dengan sunnah inilah yang diamalkan oleh Imam Ishak bin Rahawaih, Imam Marwazi dalam kitab Masail Hlm 222. PERHATIAN: Tiada perbezaan antara solat seorang lelaki dan seorang wanita. Kerana keumuman hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku solat". [30] Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam amat menitikberatkan tentang kesempurnaan menjaga solat berjemaah. wuduk dan khusyuk dalam setiap solat. Oleh itu, wajib diperhatikan semua sifat solat Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana sabda beliau:

"Seseorang yang kedatangan waktu solat wajib, lalu berwuduk dengan sempurna, lalu solat dengan khusyuk dan melaksanakan rukuk dengan baik, pasti solatnya akan menjadi penebus dosa-dosanya yang lain selama ia tidak melakukan dosa besar dan ini berlaku setahun penuh". [31]

29 30 31

H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim, dan Ahmad. H/R Muslim.

7

www.rasuldahri.com

6.

MEMBACA DOA IFTITAH

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkan doa iftitah walaupun semasa mengerjakan solat sunnah. Ia menjadi kesempurnaan solat sebagaimana terdapat dalam sabda beliau:

"Tidak sempurna solat seseorang sebelum ia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa-Jalla, menyanjungnya dan membaca ayatayat al-Quran yang dihafalnya". [32]

Lafaz Doa Iftitah
Doa iftitah yang dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sewaktu solat lail dan sunnah ada berbagai-bagai. ada yang panjang dan ada yang pendek, antaranya seperti berikut: 1.

"Ya Allah! Jauhkanlah diriku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku seperti kain putih yang dibersihkan dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kesalahankesalahanku dengan air, dengan air dingin (air batu) dan embun". [33]

32 33

H/R Abu Daud dan Hakim, disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Bukhari.

8

www.rasuldahri.com

2.

“Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan Pencipta seluruh langit dan bumi dengan penuh kepasrahan dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah, Tuhan alam semesta, tiada sesuatu pun yang menyekutui-Nya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk orang yang pertama-tama menjadi Muslim. Ya Allah! Engkaulah Penguasa, tiada tuhan selain Engkau semata-mata. Engkau Maha Suci dan Maha Terpuji, Engkaulah Tuhanku dan aku hamba-Mu. Aku telah menganiaya diriku dan aku mengaku dosadosaku. Oleh itu ampunilah semua dosaku. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang berhak mengampuni semua dosa. berilah aku petunjuk kepada akhlak yang paling mulia kerana hanya Engkaulah yang dapat menjauhkan diriku dari akhlak yang buruk. Aku jawab seruan-Mu dan aku mohon pertolongan-Mu segala kebaikan di tangan-Mu, sedang segala keburukan tidak datang dari-Mu. (hanya yang terpimpin adalah orang yang Engkau beri petunjuk. Aku berada dalam kekuasaan-Mu dan aku kembali kepada-Mu. Tiada tempat memohon keselamatan dan perlindungan dari siksa-Mu kecuali hanya Engkau semata. Engkau Mahamulia dan Mahatinggi, aku mohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu". [34] Dalam solat sunnah beliau sering membaca doa ini: 3.

"Allah Mahaagung lagi Mahabesar, segala puji yang begitu banyak hanya milik Allah, Mahasuci Allah pada pagi dan petang." [35]
34 35

Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 110. al-Albani. H/R Muslim, Abu Awanah, dan disahkan oleh Tirmizi. Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam Kitab Akhbar AshBahan (1/210), dari Jabir bin Muth'im, ia mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengucapkan doa tersebut

9

www.rasuldahri.com

4.

"Mahasuci Engkau, ya Allah. Maha Terpuji Engkau dan Mahamulia nama-Mu serta Mahatinggi kehormatan-Mu, tiada tuhan selain Engkau semata-mata." [36] Beliau bersabda: "Kalimat yang paling Allah cintai untuk diucapkan oleh hamba-Nya ialah: 'Mahasuci Engkau, ya Allah....'" [37] Seperti doa di atas tetapi dengan tambahan kalimat: 5.

"Tidak ada tuhan kecuali Allah (3 kali). Allah Mahaagung lagi Mahabesar (3 kali)." Doa di atas dibaca dalam solat lail. [38] 6.

36 37 38

dalam solat sunnah. Pernah doa iftitah ini dibaca oleh seorang sahabat, kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (bahawa Allah menyambut dengan firman-Nya): "Aku menyenanginya, Aku bukakan semua pintu langit kerana doa ini." H/R Abu Daud dan Hakim, disahkan oleh Hakim dan disetujui Zahabi. Lihat: Al-lrwa' no. 341. H/R Ibnu Mandah. Nasa'i, Ibnu Katsir, Juz. 3/2 Kitab Ash-Shahihah no. 2939. H/R Abu Daud dan Thahawi dengan sanad hasan.

10

www.rasuldahri.com

"Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah cahaya seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. [Segala puji milik-Mu. Engkaulah Penguasa segenap langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya]. Segala puji milik-Mu, Engkaulah Yang Mahabenar, janji-Mu mahabenar, firman-Mu mahabenar, pertemuan dengan-Mu mahabenar, adanya surga mahabenar, adanya neraka mahabenar, adanya kiamat mababenar, adanya para nabi mahabenar, dan adanya Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam (sebagai rasul-Mu) mahabenar. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah din dan benawakal. Hanya kepada-Mu aku beriman. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku mengadu, dan hanya kepada-Mu aku memohon keputusan. [Engkaulah Tuhan kami dan Engkaulah tempat kembali. Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang, yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan]. [Hanya Engkaulah yang lebih tahu daripada aku], Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. [Engkaulah Tuhanku], tiada tuhan kecuali Engkau [dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya dengan pertolongan-Mu]." [39] Doa ini dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam solat lail, sebagaimana doa berikut ini: 7.

"Ya Allah, Tuhan Malaikat jibril, Mikail, dan Israfil, Tuhan Pencipta segenap langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa saja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus." [40]

39 40

H/R Bukhari, Muslim, Abu Awanah, Abu Daud, Ibnu Nashr, dan Darimi. H/R Muslim dan Abu Awanah.

11

www.rasuldahri.com

Terkadang beliau membaca: 8.

"Allah Mahabesar (10 kali), segala puji milik Allah (10 kali), Mahasuci Allah (10 kali), tidak ada tuhan kecuali Allah (10 kali), aku mohon ampun kepada Allah (10 kali)." dan dilanjutkan: 9.

"Ya Allah, ampunilah aku, berilah aku petunjuk, berilah aku rizki, dan [berilah aku keselamatan]" (10 kali) dan dilanjutkan: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penderitaan pada hari menghadapi perhitungan amal di akhirat" (10 kali). [41] 10.

"Allah Mahabesar [3 kali], Tuhan Pemilik seluruh kekuasaan, Pemilik segala keperkasaan, Pemilik semua kebesaran, dan Pemilik semua keagungan.” [42] 11.

"Segala puji milik Allah dengan pujian yang sangat banyak, baik, dan penuh berkah." Doa ini dibaca seorang sahabat lain lagi, lalu Nabi bersabda: "Aku melihat 12 orang malaikat berebut mencatat doa ini untuk menyampaikannya kepada Allah." [43]
41 42 43

H/R. Ahmad, Ibnu Syaibah, Abu Daud, dan Thabarani H/R Thayalisi dan Abu Daud dengan sanad shahih. H/R Muslim dan Abu Awanah.

12

www.rasuldahri.com

7.

MEMBACA TA'AWWUZ DAN BASMALAH

Ada beberapa bacaan ta'awwuz yang biasa dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, iaitu: 1.

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk". [44] 2.

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang (terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya dan dari hembusan (yang menyebabkan kerosakan akhlak". [45] 3.

"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari syaitan terkutuk dari semburannya, dari kesombongannya dan dari hembusannya". [46] Kemudian membaca basmallah:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah". [47]

44 45

46

47

H/R Riwayat Abu Daud. Ibn Majah. Daruqutni dan Hakim. H/R Abu Daud. Ibn Majah. Daruqutni dan Hakim dan disahihkan oleh Hakim serta Ibnu Hibban dan Az-Zahabi. Lihat: Irwa al-Ghalil 342. H/R Abu Daud dan Tirmizi dengan Sanad yang hasan. demikian pendapat Ahmad dalam "Masail Ibnu Hani. 1/50. H/R Bukhari, Muslim, Abu Awanah, Tahawi dan Ahmad

13

www.rasuldahri.com

8.

MEMBACA AL-FATIHAH

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sentiasa membaca al-fatihah dengan berhenti di setiap ayat. "Tidak menyambung satu ayat dengan ayat berikutnya". [48]

"Allah Tabaraka wa-Ta'ala berfirman: Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian untuk Ku dan untuk hamba Ku. Separuh untuk Ku dan separuh untuk hamba-Ku akan mendapatkan bahagian dari permohonan yang diucapkannya. Rasulullah bersabda: Bacalah! Apabila hamba membaca al-Hamdulillahi Rabbil 'alamin, Allah Ta'ala menyahut: hamba-Ku memuji-Ku. Bila hamba membaca: Arrahmanir rahim, Allah Ta'ala menyahut: Hamba-Ku menyanjung-Ku. Bila hamba membaca Maaliki yaumid din, Allah menyahut: Hamba-Ku memuliakan-Ku. Bila seorang membaca Iyyakan na'budu wa iyyaaka nasta'iin, Allah menyahut: Ini bahagianKu dan bahagian hamba-Ku dan hamba-Ku akan mendapat apa yang dimintanya. Bila hamba membaca Ihdinas siraatal mustaqim, siraatal laziina an'amta 'alaihim ghairil maghduubi 'alaihim wa laddaalin, Allah menyahut: Itu adalah hak hamba-Ku dia akan mendapat apa yang dimintanya". [49]
48

49

H/R Abu Daud dan Sahmi 64-65. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Az-Zahabi. Diriwayatkan oleh Amr ad-Dani dalam kitab Al-Muktafa 5/2. Lihat Al-lrwa no 343. H/R Muslim. Abu Awanah dan Malik. Hadis ini mempunyai syawahid dan Jabir yang diriwayatkan oleh Shami dalam kitab Tarikh Jurjan. Hlm 144.

14

www.rasuldahri.com

"Tiada Solat (tidak sah Solat) bagi seseorang yang tidak membaca al-Fatihah". [50]

"Tidak sempurna solat seseorang apabila dia tidak membaca al-fatihah dalam solatnya" [51]

"Barang siapa solat tanpa membaca al-fatihah solatnya kudung (cacat), solatnya kudung tidak sempurna". [52] Bagi mereka yang tidak menghafal al-Fatihah, maka diperintahkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar membaca apa sahaja ayat yang ia hafal, kalau tidak juga menghafal apa-apa ayat, diperintahkan membaca tahmid, takbir dan tahlil sebagaimana sabda beliau:

"Maka jika kamu menghafal suatu ayat al-Quran, bacalah ayat tersebut, jika tidak, bacalah tahmid, takbir dan tahlil". [53]

"(Jika tidak menghafal al-Fatihah) ucapkanlah: Subhanallah, wal-hamdulillah, wala ilaaha illallahu wallahu akbar, wala haula wala quwata illa billah". [54] Selepas membaca al-fatihah, hendaklah membaca satu surah secara keseluruhannya atau apa-apa sahaja ayat yang dihafalnya. Bacaan pada rakaat pertama lebih panjang daripada bacaan pada rakaat yang kedua dalam setiap solat. [55] Jika ada tangisan bayi, beliau memendekkan bacaannya
50 51 52 53 54
55

H/R Bukhari, Muslim, Abu Awanah dan Baihaqi. H/R Daruqutni, disahihkan olehnya dan Ibnu Hibban dalam sahihnya. H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Abu Daud dan Tirmizi. dihasankan oleh Tirmizi tetapi sanadnya sahih. Lihat: Sahih Abu Daud, 807. H/R Abu Daud. Ibnu Khuzaimah 1/80. Hakim, Tabrani dan Ibnu Hibban. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. Lihat: al-Irwa 303. Lihat: Tuntutan Rasulullah dalam Ibadah. Hlm. 20. Ibn Qaiyim al-Jauziyah.

15

www.rasuldahri.com

sebagaimana sabdanya:

"Aku melakukan solat dan aku ingin memperpanjangkan bacaannya. Akan tetapi, tiba-tiba aku mendengar suara tangisan bayi sehingga aku memperpendek solatku, kerana aku tahu betapa gelisahnya ibunya kerana tangisan bayi itu". [56] Menghilangkan Gangguan Syaitan sallam. 'Utsman bin Abu 'Ash berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-

"Wahai Rasulullah, syaitan telah menggangguku ketika aku membaca bacaan dalam solat, sehingga bacaanku menjadi kacau." Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: "Itulah syaitan yang bernama Khinzib. jika kamu merasakan gangguannya, bacalah ta'awwuz dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali." Dia berkata: "Saya lakukan hal itu, kemudian Allah menghilangkan keraguan dari diriku.” [ 57] Imam Nawawi berkata: Hadis ini menyatakan disunnatkannya membaca ta'awwud ketika timbul kebimbangan disertai dengan meludah ke sebelah kiri tiga kali. [58] Dalam dua rakaat solat Maghrib dan Isya, serta solat Subuh, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca Al-Fatihah dengan nyaring, Dalam solat Zohor dan Asar, rakaat ketiga solat Maghrib dan dua rakaat terakhir solat Isya. [59] Para sahabat mengetahui Nabi membaca dengan tanpa suara dari gerakan janggutnya, [60] tetapi kadang-kadang beliau memperdengarkan bacaannya kepada mereka. [61]
56 57 58

59 60 61

H/R Bukhari dan Muslim. H/R Muslim dan Ahmad Lihat: Sifat Solat Nabi. (nota kaki). Hlm. 154. al-Albani. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 131. al-Albani. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Bukhari dan Muslim. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 131. al-Albani.

16

www.rasuldahri.com

9. 1.

BACAAN MAKMUM Makmum Diam Ketika Imam Membaca Nyaring (Jahr)

Makmum diam untuk mendengar bacaan imam ketika imam membaca nyaring merupakan kesempurnaan bermakmum (berjemaah). Kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang para makmum membaca semua bacaan al-Quran ketika imam membaca dengan nyaring:

"Adakah salah seorang antara kamu tadi membaca al-Quran bersama dengan aku membaca? Kami menjawab: Ya!, Saya wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Aku katakan kepadamu mengapa aku diganggu (sehingga bacaanku diganggu)? Abu Hurairah berkata: Kemudian para sahabat berhenti membaca al-Quran bersama Rasulullah ketika Rasulullah membacanya dengan suara nyaring. Dan bacaan itu mereka dengar dan mereka membaca sendiri tanpa suara bila imam tidak mengeraskan bacaannya". [62]

"Imam itu dijadikan sebagai ikutan makmum, jika ia bertakbir, bertakbirlah kamu dan jika ia membaca, diamlah kamu sekalian". [63]

"Barang siapa solat mengikut imam, maka bacaan imam telah menjadi bacaannya juga". [64]
62 63 64

H/R Bukhari, Abu Daud, Ahmad, Malik, Humaidi dan Muhamili. H/R Abu Daud, Muslim, dan Abu Awanah. H/R Ahmad, Tahawi, Ibn Majah. Daruqutni dan Ibnu Abi Syaibah

17

www.rasuldahri.com

2.

Makmum Membaca Al-Fatihah Ketika Imam Membaca Tanpa Suara (Sir)

Al-Fatihah dan ayat al-Quran yang dibaca oleh makmum dalam solat sir (tanpa suara) (Zohor dan Asar) janganlah sampai mengganggu orang lain. Kerana beliau bersabda:

"Siapa antara kamu tadi yang membaca Sabbihisma rabbikal a'laa? Seseorang menjawab: Saya, tetapi saya bermaksud baik. Nabi bersabda: Aku tahu ada orang yang membuat bacaan al-Quranku terganggu". [65]

"Kamu (membaca dengan nyaring) telah mengganggu bacaan al-Quranku". [66]

"Orang yang solat sedang bermunajat kepada Tuhannya, oleh kerana itu, hendaklah ia memperhatikan munajatnya kepada Tuhannya dan janganlah seseorang menyaringkan suara bacaan alQurannya sehingga mengganggu lainnya". [67]

65 66 67

H/R Muslim, Abu Awanah dan Siraj. H/R Bukhari, Ahmad dan Siraj. H/R Bukhari dan Malik.

18

www.rasuldahri.com

3.

Makmum Membaca ‘AMIN’ dengan Nyaring Bersama Imam

"Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam selesai membaca alfatihah (dalam solat), beliau mengucapkan amin dengan suara nyaring (kuat) dan panjang ". [68]

"Apabila imam selesai membaca ghairil maghduubi 'alaihim wa-ladhaallin, ucapkanlah amin, kerana malaikat juga mengucapkan amin dan imam pun mengucapkan amin.” Dalam riwayat lain: “Apabila imam mengucapkan amin, hendaklah kamu mengucapkan amin. Barang siapa ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan malaikat” dalam riwayat lain disebutkan: “Bila seseorang antara kamu mengucapkan amin dalam solat bersamaan dengan aminnya malaikat di langit, dosa-dosanya yang lain diampunkan”. [69]

"Katakanlah amin! Pasti Allah akan mencintai (mengabulkan permohonan) kamu". [70]

68 69 70

H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Bukhari, Muslim, Nasa’i dan Darimi. H/R Muslim dan Abu Awanah.

19

www.rasuldahri.com

"Tidak ada suatu hal yang sangat terasa hasad (menyakitkan hati/dengki) kaum Yahudi terhadap kamu sekalian selain ucapan salam dan amin di belakang imam". [71]

"Solatlah kamu seperti merasakan hendak meninggal, iaitu seolah-olah engkau melihat Dia (Allah). Walaupun engkau tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat engkau". [72]

4.

Makmum Membetulkan Bacaan Imam Ketika Keliru

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam solat, lalu beliau mengalami kekeliruan dalam membaca ayat al-Quran. Tatkala selesai beliau bersabda kepada Ubay: Apakah engkau tadi solat bersamaku? Jawabnya: Ya! Sabdanya: Mengapa engkau tidak mahu membetulkan kekeliruanku.” [73]

71 72 73

H/R Bukhari. Ibn Majah, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Siraj. H/R Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Asakir, disahihkan oleh Haitami dalam kitab Asnal Matalib. H/R Abu Daud, Ibnu Hibban, Tabrani, Ibnu Asakir (2/2V6/2) dan Ad-Dhiya' dengan sanad yang sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 154. Al-Albani.

20

www.rasuldahri.com

10. MEMBACA AL-QURAN SETELAH AL-FATIHAH
Ketika solat Subuh ada kalanya beliau membaca surah al-Waqiah, at-Thur, Qaf dan ada kalanya membaca surah-surah yang pendek serperti at-Takwir, Zalzalah, al-Falaq, an-Nas. Ada kalanya membaca surah alBaqarah sehingga 60 ayat atau lebih. [74] Surah Yasin. [75] Surah ar-Rum. [76] Surah al-Mukminun (sehingga ke ayat menyebut Musa. Harun atau Isa). [77] Jika terganggu oleh batuk beliau terus rukuk. [78] Dan ada kalanya juga membaca Surah as-Safat. [79] Pada pagi Jumaat kadang kala beliau membaca surah as-Sajadah dan di rakaat kedua membaca surah al-Insan. Kerana pada rakaat pertama beliau membaca surah panjang, tetapi pada rakaat kedua beliau membaca surah pendek. [80] Dalam solat sunnah Fajar (sunnah Subuh), setelah al-Fatihah beliau membaca ayat 136 di surah al-Baqarah dan pada rakaat kedua beliau membaca ayat 64 di surah Ali Imran. [81] Surah al-Mukminun ayat 52. [82] Surah al-Kafirum pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua dan beliau bersabda: "Dua surah ini adalah yang terbaik". [83] Nabi juga bersabda tentang orang yang membacanya: "Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya, setelah dia membaca surah selanjutnya (al-Ikhlas) beliau bersabda: Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya". [84] Dalam solat Zohor: Beliau membaca pada rakaat pertama dan kedua lebih kurang 30 ayat yang lebih sama dengan Sajadah (33 ayat). [85] Ada kalanya membaca surah at-Tareq, al-Buruj, al-Lail dan surah-surah lain yang sama panjangnya. [86] Kadang-kadang membaca Izaz Sama'un Syaqqat dan surah lain yang sama panjangnya. [87] Diketahui juga beliau membaca surah dalam solat Zuhur dan Asar kerana bergerak-gerak janggutnya.. Dan membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat adalah sunnah. Inilah pendapat para sahabat antaranya Abu Bakar as-Siddiq, dan Imam AsSyafie. [88]

74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88

H/R Bukhari dan Muslim. H/R Ahmad dengan sanad yang sahih. H/R Nasa’i, Ahmad al-Bazzar dengan sanad yang bagus. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Ahmad, Abu Ya'ala dan al-Maqdisi. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Muslim, Hakim dan Ibnu Khuzaimah. H/R Muslim dan Abu Daud. H/R Muslim dan Abu Daud. H/R Tahawi, Ibn Hibban dalam sahihnya. H/R Ahmad dan Muslim. H/R Abu Daud dan Tirmizi disahihkan oleh Tirmizi dan lbnu Khuzaimah. H/R Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya 1/67/2. H/R Ahmad dan Muslim.

21

www.rasuldahri.com

Dalam solat Asar: Pada dua rakaat pertama beliau membaca surah. Pada rakaat pertama beliau membaca surah lebih panjang dari rakaat kedua. [89] Para sahabat mengira beliau melakukan hal itu kerana menginginkan orang-orang dapat mengejar rakaat pertama. [90] Dalam rakaat ketiga dan keempat beliau membaca surah lebih pendek daripada ayat atau surah yang dibaca pada rakaat pertama dan kedua, kira-kira separuh darinya. [91] Beliau kadangkala membaca al-Fatihah sahaja pada rakaat-rakaat tersebut dan kadangkala menguatkan (menyaringkan) suaranya sehingga terdengar oleh makmum. [92] Menurut Nasiruddin al-Albani: Berdasarkan hadis ini, disunnahkan membaca surah dalam rakaat ketiga dan keempat. Inilah juga pendapat para sahabat seperti Abu Bakar serta para imam dan ulama seperti Imam Syafie. [93] Dalam solat Maghrib, beliau terkadang membaca surah-surah pendek. [94] Ada kalanya beliau membaca surah-surah panjang atau surah sederhana, terkadang membaca surah Allaziina kafaru wa-saddu 'ansabilillah (Surah Muhammad 47). [95] Kadang kala membaca surah at-Thur, 59. Terkadang beliau membaca salah satu dari dua surah yang panjang alA'raf untuk rakaat pertama dan kedua. [96] Terkadang beliau membaca surah al-Anfal untuk rakaat pertama dan kedua. [97] Dalam Solat Sunnah Maghrib: Terkadang beliau membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas. [98] Dalam solat Isya, beliau membaca surah sederhana panjang. [99] Ada kalanya membaca surah As-Syam dan surah lain yang sama panjangnya. [100] Kadang kala membaca surah Insyiqaq dan sujud tilawah. [101] Ketika safar kadang kala membaca surah At-Tin dalam rakaat pertama. [102] Beliau menyuruh membaca Al-Quran dengan suara yang indah. [103] Bukanlah dari golongan kami orang yang tidak suka melagukan bacaan AlQuran. [104]

89 90 91 92 93 94
95 96 97 98 99 100 101 102 103 104

H/R Bukhari dan Muslim. H/R Ibnu Khuzaimah dan Abu Daud dengan sanadnya yang sahih. H/R Ahmad dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 137. al-Albani. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Ibnu Khuzaimah 1/166/2. Tabrani dan Muqaddisi dengan sanad yang sahih. H/R Bukhari, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Siraj dan Mukhallash. H/R Tabrani dalam al-Kabir dengan sanad yang sahih. H/R Ahmad, Maqdisi, Nasa’I, Ibnu Nashr dan Tabrani. H/R Nasa’I dan Ahmad dengan sanad yang sahih H/R Ahmad dan Tirmizi, dihasankan oleh Tirmizi. H/R Bukhari, Muslim dan Nasa’i. Idem. H/R Bukhari, Abu Daud, Darimi, Hakim dan Tamam Ar-Razi dengan sanad yang sahih. H/R. Abu Daud dan Hakim, disahkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.

22

www.rasuldahri.com

11. RUKUK 1. Cara Rukuk

Antara kesempurnaan rukuk ialah tenang (khusyuk) dan mensifati rukuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. “Setelah selesai membaca (surah dari) al-Quran, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berhenti sejenak”. [105] Menurut Ibn Qaiyim dan ramai lagi yang selainnya: Bahawa berhenti sejenak ini ialah lama sekitar satu tarikan nafas. [106] [107] “Kemudian beliau mengangkat tangan kanan dan kirinya.”

“Kemudian mengucapkan Allahu Akbar.” [108] “dan terus rukuk”, [109] sebagaimana sabdanya:

"Kemudian bertakbir dan rukuk". [110] Ketika rukuk merenggangkan jari-jemari tangannya, mempastikan kedua telapak tangannya diletak pada kedua lutut:

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua lututnya". [111] “Beliau menyuruh para sahabat meletakkan telapak tangannya pada kedua lututnya.” [112]

"Beliau menekankan kedua tangannya pada kedua lututnya sehingga kelihatan ia menggenggam kedua lututnya". [113]
105 106 107 108 109 110 111 112 113

H/R Abu Daud, Ibn Hibban, Tabrani, Ibnu Asakir (2/296/2) dan Ad-Diya’ dengan sanad yang sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki) Hlm. 154. al-Albani. H/R Abu Daud dan Hakim disahihkan oleh Hakim. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Abu Daud dan Nasa’i. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Abu Daud.

23

www.rasuldahri.com

"Beliau merenggangkan jari-jemari tangannya". [114]

"Apabila kamu rukuk letakkanlah kedua telapak tanganmu pada kedua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya". [115]

"Apabila rukuk, beliau meluruskan dan meratakan punggungnya.” [116] “Sehingga jika air dituangkan di atas punggungnya, air tersebut tidak akan bergerak". [117]

"Jika kamu rukuk letakkanlah kedua tanganmu pada kedua lututmu dan luruskanlah punggungmu serta tekankanlah tanganmu untuk rukuk.” [118]

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya". [119]

114

115 116 117 118 119

H/R Hakim disahihkan olehnya dan disetujui oleh Zahabi dan Thayalisi. Disebutkan dalam kitab sahih Abu Daud no. 809. H/R Ibnu Khuzaimah dan lbnu Hibban dalam Kitab Sahih mereka. H/R Bukhari dan Baihaqi dengan sanad Sahih. H/R Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan lbnu Majah. H/R Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang sahih. H/R Bukhari dan Abu Daud.

24

www.rasuldahri.com

"Wahai kaum Muslimin! Sesungguhunya tidak sah solat orang yang tidak melakukan rukuk dan sujud dengan meluruskan punggungnya". [120]

"Solat seseorang tidak akan sempurna sebelum dia melakukan rukuk dan sujud dengan meluruskan punggungnya". [121]

2.

Lafaz Doa Ketika Rukuk

Rukuk termasuk rukun, ada beberapa bacaan, zikir dan doa yang boleh dibaca dalam rukuk. Antaranya ialah: 1.

"Mahasuci Tuhanku Yang Maha Agung". 3 kali [122] Terkadang bacaan di atas ini diulang-ulang sehingga lebih tiga kali. [123] Pernah juga bacaan ini diulang berkali-kali dalam solat lail (solat malam) sehingga lama rukuknya hampir sama dengan berdirinya, pada hal beliau membaca tiga surah yang panjang, iaitu al-Baqarah, An-Nisa dan Ali Imran dengan diselangi doa-doa dan istighfar. [124] 2.

"Mahasuci Tuhanku lagi Maha Agung dan segala puji bagiNya" 3 kali [125]
120 121 122

123 124 125

H/R Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Majah dan Ahmad dengan Sanad yang sahih. H/R Abu Awanah, Abu Daud dan Shami, disahihkan oleh Daruqutni. H/R Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Daruqutni, Tahawi, Al-Bazzar, Ibnu Khuzaimah dan Tabrani dan dari tujuh orang sahabat. Lihat: Sifat Solat Nabi, al-Albani. Lihat: Sifat Solat Nabi, al-Albani. H/R Abu Daud, Daruqutni, Ahmad, Tabarani dan Baihaqi. Menurut Nasiruddin al-Albani hadis ini sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi.

25

www.rasuldahri.com

3.

[]
126

"Mahasuci lagi Maha Kudus Tuhan semua malaikat dan roh”.

4.

"Mahasuci Engkau, Wahai Tuhan! Segala puji bagimu wahai Tuhan dan ampunilah aku!". [127] Apabila solat malam (Qiyamul-lail), beliau membaca zikir seperti berikut: 5.

"Mahasuci Tuhan yang memiliki keperkasaan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan". [128] 6.

segala

"Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku rukuk, hanya kepada-Mu aku beriman, dan hanya kepada-Mu aku berserah diri Engkau Tuhanku. Pendengaranku, penglihatanku, akalku, tulang-belulangku dan urat-uratku tunduk kepada-Mu, Semua langkah semata-mata untuk Allah, tuhan seru sekalian alam". [129]

126 127 128 129

H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Abu Daud dan Nasa’i dengan sanad sahih. H/R Muslim, Abu Awanah, Tahawi dan Daruqutni.

26

www.rasuldahri.com

7.

"Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku rukuk, hanya kepada-Mu aku beriman, hanya kepada-Mu aku berserah diri dan bertawakkal. Engkau Tuhanku, pendengaranku, penglihatanku, darahku, dagingku, tulangku, uratku, semuanya tunduk hanya kepada Allah, tuhan seru sekalian alam". [130] Menurut Imam Nawawi rahimahullah: "Yang utama adalah membaca semua doa-doa rukuk sekaligus dalam satu rukuk jika seseorang itu dapat melakukannya demikian. Juga dibenarkan membaca doa-doa lainnya sekaligus dalam sujud dan lain-lainnya” Namun, hal ini dikomentar oleh Abu Tayyib Siddiq Hasan Khan dalam kitab Nuzul Abrar hlm 84. Beliau menegaskan: "Saya tidak melihat adanya dalil yang membenarkan membaca semuanya sekaligus. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah melakukannya sedemikian dalam menjalankan salah satu rukun solatnya, tetapi beliau terkadang membaca doa itu dan sesekali doa lain. Mengikut Sunnah nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam lebih baik daripada melakukan bid'ah". [131]

3.

Tumakninah Ketika Rukuk

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memperingatkan orangorang yang tidak sempurna rukuknya dengan ancaman yang keras:

"Beliau pernah melihat orang rukuk dengan tidak sempurna dan sujud seperti mematuk, lulu bersabda: Kalau orang ini mati dalam keadaan seperti itu, ia mati di luar agama Muhammad, la
130 131

H/R Nasa’i dengan sanad sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki) Hlm. 161. Al-Albani.

27

www.rasuldahri.com

sujud seperti burung gagak mematuk makanan, sebagaimana orang rukuk tidak sempurna dan sujud dengan cepat seperti orang kelaparan makan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkannya". [132] Adapun cara-cara (sifat) rukuk yang dituntut dalam solat ialah yang sempurna, iaitu yang menyerupai rukuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diperintahkan oleh beliau:

"Sempurnakanlah rukuk dan sujud kamu sekalian". [133] Antara cara rukuk yang tidak sempurna ialah rukuk yang cepat kerana ia menyalahi sunnah:

"Kekasihku sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarangku sujud dengan cepat seperti ayam mematuk makanan, melarangku berpaling ke kanan atau ke kiri seperti dan musang dan melarangku duduk di atas tumit seperti duduknya kera". [134]

"Pencuri yang paling buruk ialah pencuri yang melakukan pencurian dalam solat. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana mencuri dalam solat? Sabdanya: Iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud". [135]

"Beliau sallallahu ‘alaihi wa-sallam rukuk, berdiri setelah rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud dengan tempoh masingmasing hampir sama". [136]
132

133 134 135 136

H/R Abu Ya'ala, Al-Ajiri, Baihaqi, Tabrani, Ad-Dhiya’ dan Ibnu Asakir dengan sanad hasan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Thayalisi, Ahmad, dan Ibnu Abi Syaibah. Hadis Hasan. H/R Ibnu Syaibah, Tabnmi dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Bukhari dan Muslim.

28

www.rasuldahri.com

4.

Larangan Membaca Al-Quran Ketika Rukuk

Tiada dalil yang membolehkan membaca al-Quran semasa rukuk atau sujud.

“Nabi melarang membaca Al-Qur'an dalam rukuk dan sujud.” [137]

"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca Al-Qur'an dalam rukuk atau sujud. Dalam rukuk hendaklah kamu membaca bacaan untuk mengagungkan Allah 'azza wa jalla dan dalam sujud hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa kerana hampir dapat dipastikan doa kamu dikabulkan." [138]

12. BANGUN IKTIDAL 1.

DARI

RUKUK

DAN

BERDIRI

Cara Berdiri Iktidal

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat kedua tangannya ketika berdiri iktidal dengan cara seperti yang dilakukan pada waktu takbiratui ihram. “Kemudian mengangkat kepala bangkit dari mengangkat kedua tangan setentang dengan bahu.” [139] rukuk,

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bangkit dari rukuk sambil mengucapkan: (Allah mendengar orang yang memuji-Nya). [140]

137 138 139 140

H/R Muslim dan Abu Awanah. Larangan ini berlaku umum mencakup solat wajib dan solat H/R Muslim dan Abu Awanah. Lihat: Kaifiyah Solatun Nabi. Hlm. 36. Ibn Baz. H/R Abu Daud dan Hakim, disahkan oleh Hakim dan disetujui Zahabi.

29

www.rasuldahri.com

“Ketika iktidal beliau berdiri lurus sampai setiap ruas tulang belakang kembali pada tempatnya.” [141] kemudian sambil berdiri beliau mengucapkan:

2.

Lafaz Doa Ketika Iktidal
Kemudian sambil berdiri beliau mengucapkan:

"Allah mendengar orang yang memujinya" [142] Lalu mengucapkan doa ketika berdiri, iaitu: 1.

"Rabbanaa wa lakal hamd." "Wahai Tuhan kami! dan Segala puji hanya untuk-Mu". [143] Terkadang beliau mengucapkan: 2.

"Rabbanaa lakal hamd." Kadang kala lafaz itu ditambah dengan: 3. … "Allaahumma… " [144] Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuruh berbuat seperti itu sebagaimana sabdanya:

141 142 143 144

H/R Bukhari dan Abu Daud. Lihat: Sahih Abu Daud No. 722. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim. Lihat: Kaifiyah Salatun Nabi. Hlm. 36. Ibn Baz. H/R Bukhari dan Ahmad.

30

www.rasuldahri.com

"Apabila imam mengucapkan 'sami'allaahu liman hamidah’ sahutlah dengan ucapan 'Allahummaa rabbanaa lakal hamdu.' Barangsiapa ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, dosa-dosanya masa lalu diampuni." [145] Sesudah membaca rabbanaa lakal hamd beliau menambah dengan doa berikut: 1.

"Mencakup seluruh langit dan seluruh bumi dan segenap yang Engkau kehendaki selain dari itu" atau 2.

"Mencakup seluruh langit dan bumi dan semua yang ada di antaranya dan mencakup semua yang Engkau kehendaki selain itu." [146] Terkadang beliau juga menambahkan bacaan berikut ini: 3.

"Yang berhak atas segala pujian dan keagungan, tak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang dapat memberikan apa yang Engkau halangi dan tiada berguna kekuasaan bagi orang yang memilikinya atas siksa-Mu." [Idem.]

145 146

H/R Bukhari dan Muslim, disahkan oleh Tirmizi. H/R Muslim dan Abu Awanah.

31

www.rasuldahri.com

Terkadang beliau menambah bacaan: 4.

"Mencakup seluruh langit dan seluruh bumi, seluruh yang Engkau kehendaki selain itu. Engkau yang berhak atas segala pujian dan keagungan melebihi apa yang dikatakan oleh seorang hamba. Kami semua adalah hamba-Mu, [wahai Tuhan], tiada yang dapat merintangi apa yang telah Engkau berikan [dan tiada yang dapat memberikan apa yang Engkau halangi] dan tiada bermanfaat kekuasaan bagi orang yang memilikinya atas , siksa-Mu." [147] Terkadang beliau membaca doa lain dalam solat Lail, iaitu: 5.

"Segala puji hanya bagi Tuhanku, segala puji hanya bagi Tuhanku," Beliau mengulang bacaan ini berkali-kali sampai lama iktidalnya hampir sama dengan berdiri solat sesudah takbiratul ihram, padahal beliau membaca surah Al-Baqarah. [148] 6.

"Wahai Tuhan kami dan segala puji hanya milik-Mu, suatu pujian yang banyak, baik, dan membawa keberuntungan [sebagaimana diridhai dan dicintai Tuhan kami]." Doa di atas diucapkan oleh seorang sahabat Nabi yang bermakmum di belakang beliau ketika beliau berdiri iktidal dan setelah mengucapkan 'sami'allaahu liman hamidah'.

147 148

H/R Muslim, Abu Awanah, dan Abu Daud. H/R Abu Dawud dan Nasa'i dengan sanad sahih. Baca Al-lrwa', no. 335.

32

www.rasuldahri.com

Setelah selesai solat, beliau bertanya:

"Siapa yang mengucapkan doa tadi?" Seseorang menjawab: "Saya, wahai Rasulullah." Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: "Saya melihat lebih dari 30 malaikat berebut menjadi yang pertama mencatat ucapan itu. " [149] Menurut Ibn Baz, makmum tidak mengucapkan:

“maka penggantinya mengucapkan: [150]

Tetapi menurut Nasiruddin al-Albani, tentang hadis ini ialah:

"Imam tidak lain dijadikan untuk diikuti, bila dia mengucapkan Samiallahu liman hamidah, hendaklah kamu mengucapkun Allahumma rabbana wa-lakal hamd. Allah mendengar kamu sekalian, kerana Allah Tuhan Yang Mahamulia dan Mahatinggi telah berfirman melalui lisan Nabi-Nya sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Allah mendengar orang yang memuji-Nya". [151]

149 150 151

H/R Malik, Bukhari, dan Abu Daud. Lihat: Kaifiyah Salatun Nabi. Hlm. 36. Ibn Baz. H/R Muslim, Abu Awanah, Ahmad dan Abu Daud.

33

www.rasuldahri.com

"Apabila imam mengucapkan: Samiallaahu liman hamidah, sahutlah dengan ucapan: Allahummaa rabbana wa-lakal hamd. Barang siapa ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, dosadosanya masa lalu diampunkan". [152] Menurut Nasiruddin al-Albani rahimahullah: Hadis ini tidaklah menunjukkan makmum tidak boleh membaca "samiallahu liman hamidah" seperti yang dibaca imam. Dan hadis ini tidak menunjukkan imam tidak boleh mengucapkan "rabbana wa lakal hamd" seperti yang dibaca makmum ketika bangkit dari rukuk. Akan tetapi, hadis ini menerangkan bacaan "rabbana walakal hamd" dilakukan setelah imam mengucapkan "sami'allahu liman hamidah". Ini dikuatkan oleh keterangan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca "sami 'allahu liman hamidah ketika menjadi imam. Juga berdasarkan pernyataan umum dari sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat". Dengan ini, makmum boleh mengucapkan "sami'allahu liman hamidah" dan lain-lain seperti yang diucapkan oleh imam. Diharapkan ulama yang membantah dalam masalah ini merasa puas hati dengan keterangan yang kami jelaskan. Mereka yang bermaksud memperluas telaahnya persilakan membaca risalah Imam Sayuti "Bantahan Terhadap Mereka Yang Mencela Ucapan Sami'allahu Liman Hamidah". Termuat dalam kumpulan buku fatwanya berjudul "Al-Hawi Lil Fatawa". 1/592. [153]

3.

Tumakninah Ketika Berdiri Iktidal

"Tidak sempurna seseorang dari manusia sehingga mengucapkan: Sami'allahu liman hamidah sehinggalah berdiri tegak". [154] ''Setelah beliau benar-benar sudah dalam keadaan berdiri tegak dan lurus setelah bangkit dari rukuk maka beliau mengucapkan: Rabbana walakal hamd" [155] “Tuntutan beliau tentang lamanya berdiri setelah rukuk ialah sama dengan lamanya rukuk.” [156] Kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berdiri tumakninah
152 153 154 155 156

H/R Bukhari dan Muslim. Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm 164. al-Albani. H/R Abu Daud dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. Lihat: Tuntutan Rasulullah dalam ibadah. Hlm, 23. Ibid.

34

www.rasuldahri.com

ketika iktidal dan lamanya hampir sama dengan saat rukuk.

"Bahkan terkadang para sahabat menyangka beliau lupa kerana berdiri begitu lama". [157]

"Kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau berdiri tegak sehingga tiap-tiap ruas tulang-belulangmu kembali pada tempatnya. Dalam riwayat yang lain) Jika kamu berdiri iktidal, luruskan punggungmu dan tegakkan kepalamu sampai ruas tulang punggungmu kembali ke tempatnya". [158]

"Sesungguhnya solat seseorang tidak sempurna jika tidak melakukan seperti itu". [159]

"Allah, Tuhan Yang Maha perkasa lagi Maha mulia tidak mahu melihat solat seseorang yang tidak meluruskan punggungnya (iktidal) ketika berdiri di antara rukuk dan sujud". [160]

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan rukuk, berdiri setelah rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud dengan tempo masing-masing hampir sama.” [161]
157 158 159 160 161

H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad. H/R Bukhari dan Muslim, Darimi, Hakim, Syafie dan Ahmad. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 169. al-Albani. H/R Ahmad dan Tabrani. Lihat: "Al-Kabir"' dengan sanad yang sahih. H/R Bukhari dan Muslim. Baca Irwa' Al-Ghalil, no. 331.

35

www.rasuldahri.com

13. SUJUD 1. Cara Sujud

Kemudian turun sujud yang pertama dengan khusyuk kerana Allah sambil mengucapkan "Allahu Akbar":

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertakbir ketika turun untuk sujud". [162]

"Solat seseorang tidak sempurna sehingga mengucapkan "Samiallahu Liman Hamidah" sampai dia berdiri tegak, kemudian mengucapkan: "Allahu Akbar", kemudian sujud sampai ruas tulang belakang kembali mantap". [163]

"Bila hendak sujud, beliau mengucapkan takbir dan beliau merenggangkan tangannya dari rusuknya, kemudian sujud". [164]

"Ada kalanya (terkadang) tangannya ketika hendak sujud". [165]

beliau

mengangkat

kedua

Mendahului Dua Tangan, Bukan Lutut
Cara dan sifat Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam turun untuk sujud ialah:
162 163 164 165

H/R Bukhari dan Muslim. H/R Abu Daud dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Abu Ya'la sanadnya Jayid. Ibnu Khuzaimah dengan sanadnya sahih. H/R Nasa’i, Daruqutni, Mukhallas (dalam Al-Fawaid) dua sanad yang sahih.

36

www.rasuldahri.com

"Beliau meletakkan (mendahulukan) kedua tangannya ke tanah sebelum meletakkan kedua lututnya". [166]

"Sesungguhnya kedua tangan sujud sebagaimana muka sujud. Apabila seseorang antara kamu meletakkan wajahnya ke tanah, hendaklah ia meletakkan pula kedua tangannya, dan apabila ia mengangkat wajahnya, hendaklah ia mengangkat pula kedua tangannya". [167]

"Terkadang Nabi meletakkan telapak tangannya dan membukanya serta merapatkan jari-jemarinya dan 168 menghadapkannya ke arah kiblat". [ ]

Sujud di atas Tujuh Anggota
Kesempurnaan sujud terlaksana hanya apabila memenuhi perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Antaranya sujud di atas tujuh anggota:

"Dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, [Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi". [169] dua tangan, dua lutut dan dua kaki". [170]
166

167 168 169 170

H/R Ibnu Khuzaimah, Daruqutni dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. Menurut Albani: Hadis-hadis lain yang bertentangan dengannya tidak ada yang sahih. H/R Ibnu Khuzaimah, Baihaqi dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Baihaqi dengan sanad sahih, Ibnu Abi Syaibah dan Siraj dalam bab "Taujihul Ashabi" dengan sanad lain. H/R Hakim dalam Mustadrak. H/R Muslim 1/355. Ibnu Khuzaimah dalam "As-Sahih" 1/320.

37

www.rasuldahri.com

Adalah suatu kesalahan dalam sujud meletakkan dahinya di atas bumi dan mengangkat hidungnya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi". [171] Mengangkat kedua kakinya atau meletakkan kaki di atas kaki yang lain (bertindih) tanpa menyentuh bumi juga tidak sah. [172] Hadis ini menunjukkan anggota sujud ada tujuh, maka sewajarnya bagi orang yang sujud agar sujud dengan tujuh anggota tersebut. [173] Imam As-Syafie dalam salah satu qaulnya memilih hukum wajib sujud di atas semua anggota badan yang disebut dalam hadis ini. [174] Dituntut bagi orang yang sujud agar mengangkat perutnya (merenggangkan) dari pehanya, menjauhkan lengannya dari rusuknya sekadar yang selayaknya agar tidak menyempitkan ruang orang yang berada di sampingnya. Hendaklah diangkat sikunya dari bumi, meletakkan telapak tangannya setentang dengan bahu atau telinganya. [175] Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang dengan keras menyingkap atau menyingsing (menolak ke atas) lengan baju atau rambut di dahi semasa solat. Beliau bersabda:

"Kami diperintah untuk bersujud dengan tujuh anggota badan, iaitu kening sekaligus hidung, dua telapak tangan, dua lutut, jari-jemari kedua kaki dan kami tidak boleh menyingsing lengan baju dan rambut". [176]

"Perbuatan tersebut sama menyanggul rambutnya". [177]

seperti

orang

yang

solat

171 172 173 174 175 176 177

H/R Hakim dalam "Al-Mustadrak". Lihat: Al-Qaulul Mubin. Hlm l36. Masyhur Hasan Salman. Ibid, 135. Ibid. Ibid, 137. H/R Bukhari dan Muslim H/R Muslim, Abu Awanah dan Ibnu Hibban.

38

www.rasuldahri.com

"Beliau menekankan hidung dan dahinya ke tanah.” [178] Sabdanya lagi “Apabila kamu sujud, sujudlah dengan menekan". [179]

"Apabila engkau sujud, tekanlah wajahmu dan kedua tanganmu ke tanah sehingga setiap ruas tulangmu kembali ke tempatnya". [180]

"Tidak sah solat seseorang bila hidung dan dahinya tidak menekan ke tanah”. [181]

“Beliau menekankan juga kedua lututnya dan bahagian depan kedua telapak kakinya ke tanah". [182]

"Menghadapkan punggung kedua kakinya dan hujunghujung jari-jemari kaki ke kiblat. [183] Merapatkan kedua tumitnya, [184] dan menegakkan kedua telapak kakinya". [185]

178 179 180 181 182

183 184 185

H/R Abu Daud dan Tirmizi disahihkan oleh Tirmizi dan Ibnu Mulaqqan 27/2. H/R Abu Daud dan Ahmad dengan sanad sahih. H/R Ibnu Khuzaimah dengan sanad hasan. H/R Daruqutni Tabrani dan Abu Nu'aim. H/R Baihaqi dengan sanad yang sahih. Ibnu Abi Syaibah dan Siraj. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Tahawi, Ibnu Khuzaimah, Hakim, Disahkan oleh Hakim, dan disetujui oleh Zahabi. H/R Baihaqi dengan sanad yang sahih.

39

www.rasuldahri.com

"Nabi tidak membentangkan lengannya". [186]

"Beliau mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya sampai warna putih kedua ketiak beliau terlihat orang di belakangnya". [187]

"Bahkan sekiranya anak kambing kecil melintasi di sela-sela (celah-celah) ketiaknya, nescaya ia dapat melaluinya". [188]

"Apabila kamu sujud, letakkanlah kedua telapak tanganmu dan angkatlah kedua sikumu". [189]

"Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang antara kamu membentangkan kedua lengannya seperti pembentangan anjing". [190] Ibn Qaiyim berkata: "Rasulullah melarang solat yang menyerupai berbagai perilaku binatang atau yang kebanyakan dikerjakan oleh orangorang jahil". [191]

186 187 188 189 190 191

H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Muslim, Abu Awanah dan Ibnu Hibban. H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad. Lihat: Al-Farusiyyah, hlm. 10.

40

www.rasuldahri.com

"Janganlah kamu membentangkan kedua lenganmu, tetapi hendaklah engkau tegakkan lenganmu dan engkau jauhkan dari rusukmu, kerana jika kamu berbuat demikian, setiap anggota badanmu turut sujud bersamamu". [192]

Sujud di atas Kain, Baju atau Sebagainya
Walaupun diperintah agar sujud dengan tujuh anggota, namun dibolehkan mengalas dahi atau tangan jika ada sebab dan keuzuran. Sebagaimana keterangan dari hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Dari Anas Radiallahu 'anhu berkata: Kami pernah melakukan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hari yang sangat panas. Ketika salah seorang antara kami tidak sanggup meletakkan dahinya di atas bumi, maka dia membentangkan pakaiannya dan sujud di atas pakaiannya". [193]

Sujud di atas Sejadah yang Ada Gambar
Dibolehkan sujud di atas tanah, tikar, kain atau sejadah, kecuali lantai, kain sutera atau sejadah yang bergambar sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

192 193

H/R Ibnu Khuzaimah, Al-Maqdisi dan Hakim, disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Bukhari 385. 542 dan 1208.

41

www.rasuldahri.com

"Menurut pendapat para ulama fiqah yang lebih sahih menetapkan hukumnya makruh solat orang yang menghadap gambar, sama ada yang ada di dinding atau di tempat lain (tempat sujud).” [194] Begitu juga sujud di atas sejadah yang ada gambar, perbuatan ini juga ada persamaannya dengan menyembah gambar (patung) atau berhala. Sujud di atasnya sama seperti dengan memuliakannya". [195] Pernah beliau sujud di atas tanah yang becak. Ini terjadi pada 27 hb. Ramadan ketika turun hujan dan perkarangan masjid dibasahi air hujan, sedangkan atapnya diperbuat dari daun kurma sehingga Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam terpaksa sujud di atas tanah becak. Abu Sa'id al-Khudri menceritakan:. [196]

"Aku lihat dengan mata kepalaku sendiri, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam meletakkan keningnya dan hidungnya ke atas tanah sehingga terlihat bekas lumpur.” [197] Kadang-kadang beliau solat di atas khumra (tikar selembar sapu tangan). [198] Di atas tikar kecil". [199]

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah sujud di atas tikar yang menjadi hitam kerana lamanya dipakai". [200]

"Para Sahabat beliau berjemaah solat dengan beliau ketika cuaca panas. Bila ada yang tidak sanggup menekankan dahinya ke tanah, dia membentangkan kainnya lalu sujud di atas kain tersebut". [201]
194 195 196 197 198 199 200 201

Lihat:

(1/432),

(1/263), dan (1/337).

(10/48).

Lihat: (1/474 ), dan Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 185. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Muslim dan Abu Awanah.

42

www.rasuldahri.com

"Bumi seluruhnya dijadikan sebagai masjid dan alat bersuci bagiku dan seluruh umatku. Oleh kerana itu, di mana sahaja seseorang dari umatku menemui waktu solat, tempat itulah yang menjadi masjidnya dan di situlah alat bersucinya. Sebelum ku mereka tidak boleh berbuat demikian kerana mereka melakukan solat di gereja-gereja dan kuil-kuil". [202]

2.

Lafaz Doa Ketika Sujud

Kemudian berzikir atau berdoa dengan beberapa zikir dan doa yang telah diamalkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, antaranya: 1.

"Mahasuci Tuhan Yang Mahatinggi". (3 kali) [203] Membaca zikir ini sehingga berulang-ulang kali adalah sunnah, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengulang bacaan zikir ini sehingga lama sujudnya mendekati lama berdirinya, sedangkan beliau membaca tiga surah yang panjang (Al-Baqarah, An-Nisaa dan Ali Imran). Juga diselangi dengan doa dan istighfar sebagaimana disebut dalam bab solat malam. [204] 2.

"Mahasuci Tuhanku Yang Mahatinggi dan segala puji bagiNya". (3 kali) [205]

202 203 204 205

H/R Ahmad, Siraj dan Baihaqi dengan sanad sahih. H/R Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Daruqutni, Tahawi dan al-Bazzar serta Tabrani dari tujuh orang sahabat. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 178. al-Albani. H/R Abu Daud, Daruqutni, Ahmad, Tabrani dan Baihaqi. Menurut al-Albani: Hadis sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm 178.

43

www.rasuldahri.com

3.

"Mahasuci lagi Mahakudus [206] Tuhan semua malaikat dan roh". [ ]
207

4.

"Mahasuci Engkau wahai Tuhanku, Tuhan Kami, dan dengan memuji-Mu wahai Tuhan, berilah aku keampunan!". [208] Doa ini sering dibaca dalam rukuk dan sujud kerana memenuhi perintah Allah dalam al-Quran. [209] 5.

"Wahai Tuhan! Hanya kepada-Mu aku bersujud, hanya kepada-Mu aku beriman dan hanya kepadamu aku berserah diri. Engkaulah Tuhanku, wajahku berserah diri kepada Tuhan yang telah menciptakan dan membentuknya dengan bentuk yang sebaikbaiknya. Tuhan yang telah membuka pendengaran dan penglihatan. Mahamulia Allah Pencipta yang sebaik-baiknya". [210] 6.

"Wahai Tuhan, ampunilah seluruh dosaku, baik yang kecil maupun yang besar, baik yang dahulu atau yang akan datang, baik yang terang-terang atau yang tersembunyi". [211]

206 207 208 209 210 211

Kata Subbuh Quddus adalah salah satu sifat Allah Ta'ala kerana Allah sentiasa disucikan dan ditaqdiskan. H/R Muslim dan Abu Awanah. Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 179. al-Albani. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Muslim, Abu Awanah, Tahawi dan Daruqutni. H/R Muslim dan Abu Awanah.

44

www.rasuldahri.com

7.

"Bersujud kepada-Mu fikiranku dan angan-anganku, beriman kepada-Mu hatiku. Aku mengharapkan nikmat-Mu kepadaku. Inilah kedua tanganku dan aku datang menyerahkan diriku dengan semua kesalahanku". [212] 8.

"Mahasuci Tuhan Yang Maha perkasa dan memiliki segala kekuasaan, kebesaran dan keagungan ". [213] 9.

"Mahasuci Engkau, wahai Tuhan segala puji bagi-Mu tiada tuhan kecuali Engkau". [214] 10.

"Ya Allah! Ampunilah aku atas segala dosa yang kulakukan secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan". [215] 11.

212 213 214 215

H/R Ibnu Nashir, Bazzar dan Hakim, disahkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Abu Daud dan Nasa’i dengan sanad sahih. H/R Muslim, Abu Awanah. Nasa’i dan Ibnu Nashr. H/R Ibnu Abi Syaibah dan Nasa’i disahkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.

45

www.rasuldahri.com

“Wahai Tuhan! Masukkan cahaya dalam hatiku, masukkan cahaya pada lisanku, masukkan cahaya pada pendengaranku, masukkan cahaya pada penglihatanku, dan letakkanlah cahaya di bawahku, letakkan cahaya di atasku, di sebelah kananku, di sebelah kiriku dan letakkanlah cahaya di hadapanku, letakkan cahaya di belakangku, dan letakkanlah cahaya di dalam diriku dan tajamkanlah cahaya untukku". [216] 12.

"Wahai Tuhan! Dengan keredaan-Mu aku berlindung dari kemurkaan-Mu dengan pengampunan-Mu aku berlindung dari siksa-Mu, dengan perlindungan-Mu aku berlindung dari ancamanMu. Aku tidak sanggup menghitung pujian terhadap-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri". [217] Inilah doa-doa atau zikir-zikir yang dibaca oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam semasa sujud. Boleh dibaca mana-mana doa atau zikir semasa solat sunnah atau fardu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

3.

Tumakninah Ketika Sujud

Semasa sujud hendaklah tumakninah, kerana tanpa tumakninah samalah seperti mencuri dalam solat:

"Sesungguhnya itu (orang yang solatnya tanpa tumakninah) adalah pencuri yang paling keji". [218]

216 217 218

H/R Muslim, Abu Awanah dan Ibnu Abi Syaibah. H/R Muslim. Abu Awanah dan Baihaqi. H/R Ibnu Abi Syaibah, Tabrani dan Hakim, disahkan oleh hakim dan disetujui oleh Zahabi.

46

www.rasuldahri.com

"Sempurnakanlah rukuk dan sujud kamu sekalian". [219] Antara cara sujud yang tidak sempurna ialah rukuk yang cepat kerana ia menyalahi sunnah:

"Kekasihku sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarangku sujud dengan cepat seperti ayam mematuk makanan, melarangku berpaling ke kanan atau ke kiri seperti dan musang dan melarangku duduk di atas tumit seperti duduknya kera". [220]

"Pencuri yang paling buruk ialah pencuri yang melakukan pencurian dalam solat. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana mencuri dalam solat? Sabdanya: Iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud". [221]

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan rukuk, berdiri setelah rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud dengan tempo masing-masing hampir sama.” [222]

4.

Larangan Membaca Al-Quran Ketika Sujud

Tiada dalil yang membolehkan membaca al-Quran semasa rukuk atau sujud. Namun diperintah agar memperbanyakkan doa atau zikir semasa sujud dan memperlamakan sujud, kerana Rasulullah sallallahu
219 220 221 222

H/R Bukhari dan Muslim. H/R Thayalisi, Ahmad, dan Ibnu Abi Syaibah. Hadis Hasan. H/R Ibnu Syaibah, Tabnmi dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi. H/R Bukhari dan Muslim. Baca Irwa' Al-Ghalil, no. 331.

47

www.rasuldahri.com

‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Orang yang hampir dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud. Maka perbanyakkanlah doa ketika sujud". [223]

“Nabi melarang membaca Al-Qur'an dalam rukuk dan sujud.” [224]

"Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca Al-Qur'an dalam rukuk atau sujud. Dalam rukuk hendaklah kamu membaca bacaan untuk mengagungkan Allah 'azza wa jalla dan dalam sujud hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa kerana hampir dapat dipastikan doa kamu dikabulkan." [225]

14. SUJUD SAHWI 1. Sebab Melakukan Sujud Sahwi

Ada beberapa sebab diperintahkan agar melakukan sujud sahwi, antaranya: 1. Kerana tertambah rakaat dalam solat. Mengikut riwayat Imam Ahmad dan Imam Malik, apabila tertambah rakaat dalam solat, maka hendaklah melakukan sujud setelah salam. Contohnya: "Semasa para sahabat memberi tahu beliau bahawa solat beliau sebanyak lima rakaat, maka beliau mengerjakan sujud sahwi setelah salam sedangkan beliau telah bercakap (berkata-kata) dengan sahabat".
223 224

225

H/R Muslim, Abu Awanah dan Baihaqi. H/R Muslim dan Abu Awanah. Larangan ini berlaku umum mencakup solat wajib dan solat sunnat, sedangkan tambahan riwayat Ibnu Asakir yang menyatakan: "Adapun dalam solat sunnat tidaklah terlarang," adalah riwayat yang menyimpang atau mungkar. Ibnu Asakir sendiri telah menjelaskan cacatnya riwayat ini. Oleh kerana itu, tidak boleh diamalkan. H/R Muslim dan Abu Awanah.

48

www.rasuldahri.com

2. Kerana ada kekurangan dalam solat. Seperti tertinggal tasyahud awal. Maka dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Malik diperintahkan agar melakukan sujud sahwi sebelum salam. Begitu juga jika terlupa atau tertinggal satu rakaat, maka wajib menambah satu rakaat yang terlupa sebagaimana dalam sebuah hadis:

"Dari Imran bin Husain bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah mengerjakan solat asar hanya tiga rakaat. Lain beliau diingatkan tentang kekurangan rakaat solatnya. Lantas beliau menambah satu rakaat lagi dan menambah dengan dua sujud sahwi Setelah itu barulah melakukan salam penutup". [226] 3. Apabila merasa ragu, tetapi tidak terlalu yakin, maka dilakukan sujud sahwi setelah salam. 4. Apabila merasa ragu, tetapi masih ada unsur yakin, maka dilakukan sujud sahwi sebelum salam. 5. Sesiapa yang melakukan salam terlebih dahulu pada hal dia merasa melakukan rakaat kurang dari yang ditentukan dalam solat, maka dia melakukan sujud sahwi setelah salam lantaran ia terlupa sujud sahwi sebelum memberi salam.

2.

Hukum Berkaitan Sujud Sahwi

Sebahagian para ulama fekah berpendapat bahawa sujud sahwi hukumnya sunnah, bukan wajib. Namun pendapat yang paling benar (paling rajih) ialah hukumnya wajib, kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkannya ketika berlaku sesuatu yang terlupa. Malah ada perintah dari beliau. Dan beliau sentiasa mengerjakannya ketika berlaku sesuatu yang mewajibkan sujud sahwi. Antara hujah wajibnya sujud sahwi ialah: "Beliau mengerjakan sujud sahwi setelah salam walaupun telah bercakap-cakap dengan para sahabat". [227]

226

227

H/R Muslim 574, Abu Awanah 2/198-199, Abu Daud 1018. An-Nasa’I 1/26, Ahmad 4/427, Ibnu Majah 1215, Al-Thayalisi 847, Ibnu Khuzaimah 2/130, Ibnu Hibban 4/2663, Ibnu al-Jarud 245, At-Tahawi dalam syarah alMaani 1/442-443, Al-Baihaqi 2/335. 354. 355. 359. Lihat: Majmu al-Fatawa. 23/24.

49

www.rasuldahri.com

Sebagaimana juga pendapat Ibn Taimiyah rahimahullah: "Adapun hukum sujud sahwi menjadi wajib adalah disebabkan oleh perintah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam hadis Abu Hurairah, beliau bersabda: Jika salah seorang kamu mengerjakan solat, maka akan didatangi oleh syaitan. Syaitan akan mengganggu solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dikerjakan. Jika salah seorang mengalami hal sedemikian itu, maka hendaklah dia mengerjakan dua kali sujud pada keadaan dia masih duduk (tasyahud)". [228] Terdapat riwayat antaranya dari Ahmad, bahawa orang yang lupa sujud sahwi dianjurkan untuk mengerjakannya sekalipun dia telah keluar dari masjid, malah sekiranya ia sudah berada jauh dari masjid masih dituntut agar sujud sahwi. Inilah pendapat Imam Syafie dan inilah yang paling kuat (rajih). Kerana membatasi sujud sahwi dengan jarak atau ruang waktu tidak ada dasarnya sama sekali. [229]

3.

Kesalahan Membaca Zikir Sujud Sahwi

Doa atau zikir yang dibaca oleh kebanyakan masyarakat Islam ketika sujud sahwi ialah:

"Mahasuci Allah Yang tidak pernah lalai dan tidak pernah lupa (tidur)". Doa di atas ini sama sekali tidak mempunyai dasar yang kuat dalam syarak, kerana ia bukan dari hadis atau athar, tetapi doa rekaan orangorang sufi. Di dalam kitab penulis telah menjelaskan tentang doa ini:

228 229

Lihat: Majmu al-Fatawa. 23/26. Lihat: Majmu al-Fatawa. 23/43.

50

www.rasuldahri.com

“Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Bahkan doa yang dibacanya seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. Adapun diberitakan bahawa beliau mengatakan "Subhana man laa yashu wa laa yanam”, maka hal itu sama sekali tidak pernah dilakukan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau para sahabat beliau. Tidak ada dalil yang berasal dari sunnah yang menjelaskan masalah ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diambil dari mimpi sebahagian sufi. Oleh kerana itulah, janganlah mengerjakan hal tersebut. Ambillah urusan agamamu dari Kitab-kitab hadis yang sahih. Selain itu lemparkan jauh-jauh. Sedangkan menjadikannya sebagai bahagian dari ajaran agama dan syariat adalah sebuah kesesatan dan kerosakan yang besar. Walaupun orang-orang yang berfahaman Syafieyah sujud sahwi apabila mereka solat di belakang orang yang tidak membaca bismilah atau berqunut, ini adalah kejahilan, kesalahan dan bid'ah yang wajib ditinggalkan". [230] Dengan ini, mengkhususkan membaca doa "Subhana man la yashu wa laa yanam" adalah bid'ah. Kerana tiada hujah, tiada asal-usul atau perintah dari syarak. Doa ini hasil rekaan ulama sufi. Allahu 'alam.

230

Lihat: As-Sunan wal-Mubtadi’at. Hlm. 74-75. Muhammad Abdussalam. Dar-Kulub al-Ilmiyah, Beirut, Labenon.

51

www.rasuldahri.com

15. DUDUK ANTARA DUA SUJUD 1. Cara Duduk antara Dua Sujud

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bangun dari sujudnya sambil bertakbir". [231] “Kemudian duduk iftirasy, membentangkan kaki kiri dan duduk di atasnya, menegakkan kaki kanan, meletakkan kedua tangan di atas lutut, [232] hujung tangan ada di atas lutut, tidak menggerakkan jari.” [233] "Beliau terkadang mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan ucapan takbir". [234] (mengangkat tangan dilakukan setiap kali takbir, demikian menurut Imam Ahmad dan Ibnu Qaiyim). [235] Kemudian beliau membentangkan kaki kirinya, kemudian beliau duduk di atas telapak kakinya dengan tenang". [236]

"Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia sujud sampai ruas tulang belakangnya mapan, kemudian mengucapkan Allahu Akbar, kemudian bangun dari sujud sampai duduk dengan tegak". [237]

“Beliau menegakkan telapak kaki kanannya". [238]

"Menghadapkan jari-jemari kaki kanannya ke arah kiblat".
231 232 233 234 235 236 237 238

H/R Bukhari dan Muslim. Lihat: Kaifiyah Solatun Nabi, Hlm 11. Ibn Baz. Lihat: Tuntutan Rasulullah dalam ibadat. Hlm. 25. Ibnu Qaiyim. H/R Ahmad dan Abu Daud dengan sanad sahih. Lihat: Al-Bada'i, 4/89, Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 186. al-Albani. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Abu Daud dan Hakim disahkan olehnya dan disetujui oleh Zahabi. H/R Bukhari dan Baihaqi.

52

www.rasuldahri.com

[239]

“Kadang kala beliau duduk iq’a, iaitu duduk dengan menegakkan telapak kaki dan tumit kedua kakinya". [240] Hendaklah ia meletakkan tangannya di atas peha dengan hujunghujung jari tangan pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya serta tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. [241] Walaupun Ibnu Qaiyim rahimahullah hanya mensahihkan duduk secara iftirasy, namun pendapatnya dikomentar oleh Nasiruddin al-Albani rahimahullah. Menurut beliau bahawa: Ibnu Qaiyim telah melakukan kesalahan kerana setelah menerangkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam duduk Iftirasy antara dua sujud ia berkata: Duduk cara dua sujud yang sah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam hanya dengan cara ini (iftirasy), tidak ada cara lain. Kemudian berkata Al-Albani: "Bagaimana boleh dikatakan seperti itu pada hal hadis tentang duduk di atas kedua tumit tersebut yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas dalam sahih Muslim, Abu Daud, Tirmizi, disahkan olehnya dan oleh yang lain. Bacalah kitab As-Sahihah no. 383. Juga riwayat hadis dari Ibnu Umar dengan sanad hasan yang tersebut pada Baihaqi disahkan oleh Ibnu Hajar. Diriwayatkan pula oleh Abu Ishaq al-Harbi dalam kitab (Gharibul Hadis, juz 5 12 1 dari Thawus, bahawa ia pernah melihat Ibnu Umar dan Ibnu Abbas duduk antara sujud dengan duduk di atas kedua tumitnya. Hadis ini sanadnya sahih. Benarlah kata Imam Malik yang menyatakan: Setiap orang antara kita perkataannya boleh dibantah, kecuali perkataan penghuni kubur ini, seraya menunjukkan kuburan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Sejumlah besar sahabat dan tabi’in serta yang lain mengamalkan sunnah ini. Saya telah menjelaskan dengan terperinci masalah ini melalui kitab Al-Asl". [242]

239 240

241 242

H/R Nasa’i dengan sanad sahih. H/R Muslim, Abu Awanah dan Abu Syeikh dalam kitab Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zubir dari Jabir, hlm. 104-106 dan Baihaqi. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 187, al-Albani. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 189, al-Jibrin. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki), Hlm. 188, al-Albani.

53

www.rasuldahri.com

2.

Lafaz Doa Ketika Duduk antara Dua Sujud
Wajib dibaca doa duduk antara dua sujud, iaitu: 1.

"Ya Allah! Ampunilah aku, kasihanilah aku, [lindungilah aku], [angkatlah darjatku], berilah aku petunjuk, [jadikanlah aku sihat] dan berilah aku rezeki". [243] Doa di bawah ini paling kurang dibaca sekali: 2.

"Ya Allah! Ampunilah aku, ampunilah aku". [244] Ishaq bin Rahawaih berkata: Sesiapa boleh membaca doa ini tiga kali atau boleh membaca: 3.

"Ya Allah! Ampunilah aku". [245] Dan boleh juga dibaca sekaligus dengan doa di atas, kerana beliau membacanya bersama doa di atas ketika mengerjakan solat lail. [246] (Membaca sekaligus doa-doa) di atas ini tidaklah menunjukkan hanya berlaku dalam solat sunnah, tetapi berlaku juga dalam solat fardu, sebab solat sunnah dan solat fardu tidak berbeza. Demikianlah pendapat Imam Syafie, Ahmad dan Ishaq. Mereka mengatakan bahawa doa-doa ini boleh dibaca dalam solat wajib dan solat sunnah seperti diriwayatkan oleh Tirmizi. Imam Tahawi juga berpendapat demikian seperti terdapat dalam Kitab

243 244 245 246

H/R Abu Awanah, Tirmizi, lbnu Majah dan Hakim, disahihkan olehnya dan disetujui oleh Zahabi. H/R Ibnu Majah dengan sanad hasan. Imam Ahmad memilih doa ini. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 189, al-Albani. Lihat: Masail, Hlm. 19. Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 189, al-Albani.

54

www.rasuldahri.com

Musykil Atsar. [247] Diperintahkan melakukan seperti itu (menggabungkan sekaligus doa-doa di atas) untuk tumakninah ketika duduk antara dua sujud.

3.

Tumakninah Ketika Duduk antara Dua Sujud
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam duduk antara dua sujud dengan tumakninah sehingga ruas tulang belakangnya mapan” [248] dan beliau memerintahkan berbuat demikian kepada orang yang solatnya salah sebagaimana sabdanya:

"Tidak sempurna solat seseorang antara kamu sehingga dia berbuat demikian (tumakninah)". [249]

"Beliau memperlama duduknya hingga hampir sama lamanya dengan sujudnya”. [250]

"Kadang kala beliau diam lama sampai ada orang yang menyangka beliau telah lupa". [251] Ibnu Qaiyim berkata: Sunnah ini (tumakninah atau duduk lama) telah ditinggalkan oleh umat setelah berlalunya masa sahabat. Adapun orang yang mengutamakan sunnah tentu tidak akan cenderung kepada halhal yang menyalahinya dan tidak memperdulikan hal-hal yang menyalahi sunnah tersebut. [252]

247 248 249 250 251 252

Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki), Hlm. 189, al-Albani. H/R Abu Daud dan Baihaqi dengan sanad sahih. H/R Abu Daud dan Baihaqi dengan sanad sahih. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Bukhari dan Muslim. Lihat: Sifat Solat Nabi. (nota kaki), Hlm. 188, Al-Albani.

55

www.rasuldahri.com

16. DUDUK ISTIREHAT SEBELUM BERDIRI
Cara beliau hendak bangkit (bangun) dari sujud ialah duduk seketika (berehat seketika) dan kemudian bangun dengan bertumpu pada kedua tangannya ke tanah untuk melanjutkan ke rakaat seterusnya. [253]

"Beliau duduk tegak iaitu duduk di atas telapak kaki kiri dengan tegak sampai ruas tulang punggungnya mapan". [254] Di kalangan ahli fiqh duduk sepertimana (di atas) ini dinamakan duduk istirehat . Itulah yang dinyatakan oleh Imam Syafie. Imam Ahmad pun berkata demikian. Pendirian beliau lebih tepat kerana dia dikenal sebagai orang yang kuat mengikuti sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan tidak mahu menyalahinya. [255] Berkata Ibn Baz rahimahullah:

"(Kemudian) duduk iaitu duduk yang seketika sebagaimana duduk antara dua sujud. Dinamakan duduk istirehat dan ia sunnah menurut qaul yang paling sahih, jika meninggalkannya tidak ada kesalahan. Dan tidak ada zikir atau doa (ketika duduk istirehat)". [256] Berkata Ibnu Hani': “Saya lihat Abu Abdullah (Imam Ahmad) terkadang bertumpu pada kedua tangannya bila hendak berdiri ke rakaat terakhir dan terkadang beliau duduk terlebih dahulu dengan tegak, kemudian bangkit berdiri. Perbuatan ini dipilih oleh Imam Ishaq bin Raghawih sebagaimana dikatakan dalam Kitab Masail, Marwazi (1/147/2).” [257]

253 254 255 256 257

Lihat: Sifat Solat Nabi, Hlm. 191. al-Albani. H/R Bukhari dan Abu Daud. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki) Hlm. 191. al-Albani. Lihat: Hlm.12. Ibn Baz. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki) Hlm. 191. al-Albani.

56

www.rasuldahri.com

17. CARA BANGKIT UNTUK BERDIRI
Menurut sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bahawa beliau bertumpu pada tangannya ketika bangkit (bangun ke rakaat seterusnya). Hal ini boleh dilakukan oleh orang yang sudah tua atau yang masih muda). [258]

"Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bangun ke rakaat kedua dengan tangan bertumpu ke tanah". [259] Cara menumpukan tangan ke tanah ketika hendak bangun ialah secara 'ajin. 'Ajin menurut pengertian bahasa Arab ada dua cara: 1. Mengepal jari-jemari tangan (menggenggam). Ini yang lebih rajih (sahih). 2. Meluruskan jari-jemari tangan ke hadapan (menghadapkan ke Kiblat).

"Beliau melakukan 'ajin ketika solat, iaitu berdiri ke rakaat berikutnya bertumpu pada kedua tangannya". [260]

Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah: Hadis yang berbunyi: "Nabi bangkit untuk berdiri seperti anak panah tanpa tertumpu pada tangannya” adalah hadis palsu. Semua hadis yang maksudnya seperti itu adalah lemah. [261]

258 259 260

261

Ibid. Lihat: Al-Irwa'. Juz. 2. Hlm 82-83. H/R Syafie dan Bukhari. H/R Abu Ishaq al-Harbi dengan sanad yang sahih, Semakna dengan hadis ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi, al-Albani, dan Ad-Daifah. No 562,925 dan 968.

57

www.rasuldahri.com

18. MEMBACA AL-FATIHAH SETIAP RAKAAT
Setelah berdiri tegak di rakaat yang kedua beliau terus membaca alFatihah tanpa diam seketika:

"Ketika telah berdiri pada rakaat kedua Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam memulakan dengan membaca "Al-hamdulillah" tanpa diam terlebih dahulu". [262]

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang yang salah solatnya untuk membaca al-Fatihah pada setiap rakaat sebagaimana beliau sabdakan kepada orang tersebut:

“Kemudian lakukanlah seperti itu pada seluruh solatmu". [263]

“Pada setiap rakaat ada bacaan (bacaan al-Fatihah)". [264] "Barang siapa solat satu rakaat tanpa membaca al-Fatihah, dia dianggap tidak solat, kecuali orang yang solat di belakang imam". [265]

262 263 264 265

H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Ahmad dengan sanad yang jaiyid. H/R Ibnu Majah, lbnu Hibban dalam sahihnya dan Ahmad dalam Masail Ibnu Hani’ 1/52. H/R Malik dalam Al-Muwatta. Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 193. al-Albani.

58

www.rasuldahri.com

19. DUDUK TASYAHUD 1. Cara Duduk Tasyahud

Apabila solat yang dilakukan oleh beliau hanya dua rakaat, seperti solat subuh, beliau duduk iftirasy. [266] Iaitu seperti duduk antara dua sujud. Begitulah cara duduk pada tasyahud (tahiyat) [267] awal ketika solat tiga rakaat atau empat rakaat. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Maka apabila kamu duduk di pertengahan solat, hendaklah kamu tumakninah dan hamparkanlah telapak kaki kirimu, kemudian bacalah tasyahud". [268] Begitu juga apabila beliau solat hanya dua rakaat, seperti solat fajar (Subuh), Jumaat atau Hari Raya, maka duduknya selepas sujud kedua, maka ditegakkan kaki beliau yang kanan dan dibentang kakinya yang kiri (iftirasy). Diletakkan tangan kanannya di atas pehanya yang kanan, digenggam jari-jemarinya kecuali jari telunjuk, maka berisyarat dengan isyarat tauhid sambil berzikir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala. [269] Abu Hurairah berkata:

"Sahabat karibku, (Nabi) telah melarangku duduk di atas tumit seperti duduknya anjing.” [270]

[]
271

“Nabi melarang duduk di atas tumit seperti duduknya syaitan.”

266 267 268 269 270 271

H/R Nasa'i 1/153 dengan sanad yang sahih. H/R Bukhari dan Abu Daud. H/R Abu Daud dan Baihaqi dengan sanad jaiyid. Lihat: Hlm. 13-14. lbn Baz. H/R Thayalisi, Ahmad, dan Ibnu Abi Syaibah. H/R Muslim, Abu Awanah, dan Iain-Iain. Lihat: Irwa' Al-Ghalil, no. 316.

59

www.rasuldahri.com

“Nabi meletakkan siku kanannya di atas paha kanannya”. [272] Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang duduk dengan bertumpu pada tangan kirinya ketika seseorang duduk tasyahhud dalam solat sebagaimana sabdanya: "Cara semacam itu adalah cara solat orang Yahudi.” [273] Dalam hadis lain disebutkan: "Janganlah engkau duduk semacam itu, sebab duduk semacam itu adalah duduknya orang-orang yang sedang diazab. [274] Dalam hadis lain disebutkan: "Duduk seperti itu adalah cara duduk orang-orang yang dimurkai Allah. [275]

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca (tahiyyat) pada setiap dua rakaat. [276]

“Yang pertama kali Nabi lakukan ketika duduk (pada dua rakaat) adalah membaca (at-tahiyyaatu lillaah).” [277]

“Bila beliau lupa membaca bacaan tahiyyat ini pada duduk dua rakaat pertama, beliau melakukan sujud sahwi.” [278]

272 273 274 275 276 277 278

H/R Abu Daud dan Nasa'i dengan sanad sahih. H/R Baihaqi dan Hakim, disahkan olehnya dan disetujui Zahabi. Baca Al-Irwa' no. 380. H/R Ahmad dan Abu Daud dengan sanad Jayid. H/R Abdur Razzaq disahkan oleh Abdul Haq dalam Kitab Al-Ahkam H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Baihaqi, dari Aisyah dengan sanad jayyid, seperti dikatakan Ibnul Mulaqqan. H/R Bukhari dan Muslim. Baca Irwa' Al-Chalil no. 338.

60

www.rasuldahri.com

Beliau menyuruh berbuat demikian sebagaimana sabdanya:

"Bila kamu sekalian duduk pada setiap dua rakaat, ucapkanlah attahiyyaat..., kemudian hendaklah seseorang memilih doa yang disenanginya dan hendaklah ia mengajukan permohonannya kepada Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia. [279] Menurut Nasiruddin al-Albani Rahimahullah: Hadis ini secara tersurat menyatakan dibenarkannya berdoa pada setiap tasyahud sekalipun pada tasyahud awal. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Hazm. [280] Dalam riwayat lain disebutkan:

"Ucapkanlah at-tahiyyaat olehmu pada setiap kali duduk. [281] Beliau menyuruh berbuat demikian kepada orang yang solatnya salah seperti tersebut dalam kisah di atas.

”Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajarkan tasyahud kepada para sahabatnya seperti beliau mengajarkan surah-surah AlQur'an”. [282]

“… menurut sunnah, bacaan tasyahhud ini diucapkan perlahan. [283]

279 280 281 282 283

H/R Nasa'i, Ahmad, dan Thabarani dengan sanad shahih. Lihat: Sifat Solat Nabi. (nota kaki) Hlm. 198. al-Albani. H/R Nasa'i dengan sanad sahih. H/R Bukhari dan Muslim. H/R Abu Daud dan Hakim disahkan olehnya dan disetujui Zahabi.

61

www.rasuldahri.com

Keadaan Jari-jemari Ketika Tasyahud
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menunjukkan cara-cara dan keadaan tangan serta jari-jari tangan dalam tasyahud awal atau akhir.

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang, tetapi beliau menggenggam semua jari tangan kanannya dengan mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya". [284] Abu Ya'ala memberikan tambahan pada hadis ini dengan sanadnya yang sahih dari Ibnu Umar: "Menggerak-gerakkan telunjuk (dalam tasyahud) sebagai pengusir syaitan. Seseorang tidak akan menjadi lupa selama dia menggerakkan telunjuknya". [285]

"Ketika beliau mengacukan memegang jari tengah". [286]

telunjuknya,

ibu

jarinya

"Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk bulatan [ ] (sedangkan telunjuknya tetap diacukan ke kiblat)".
287

284

285 286 287

H/R Muslim, Abu Awanah, Ibnu Khuzaimah, Humaidi dalam Musnadnya 131/1. Abu Ya'ala memberikan tambahan dengan sanad sahih dari Ibnu Umar. Lihat: Sifat Solat Nabi. (nota kaki), Hlm. 195. al-Albani. H/R Muslim dan Abu Awanah. H/R Abu Daud. Nasa’i, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah (1/86/1-2), Ibnu Hibban dalam Sahihnya (485).

62

www.rasuldahri.com

2.

Lafaz Bacaan Tasyahud

Bacaan tasyahud yang pernah diajar oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabat adalah seperti berikut.

Tasyahud Ibnu Mas'ud
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajarkan tasyahud kepadaku sambil beliau menggenggam telapak tanganku, sebagaimana beliau mengajarkan suatu surah Al-Qur'an kepadaku (berbunyi): 1.

"Semua ucapan penghormatan, pengagungan, dan pujian hanyalah milik Allah. Segala pemeliharaan dan pertolongan Allah untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segala kurniaNya. Semoga perlindungan dan pemeliharaan diberikan kepada kami dan semua hamba Allah yang soleh [mencakup semua hamba soleh yang ada di langit dan bumi]. Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan rasul-Nya." [Bacaan di atas dibaca ketika beliau masih hidup. Setelah beliau wafat kata-kata 'assalaamu 'alaika' kami ganti dengan 'assalaamu 'alan nabiyyi”] [288] Menurut Nasiruddin al-Albani rahimahullah: Lafaz Ibnu Mas'ud yang berbunyi assalaamu 'alan nabiyyi oleh para sahabat semula diucapkan dengan lafaz assalaamu 'alaika ayyuhan nabiyu' dalam tasyahud ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam masih hidup. Ketika beliau sudah wafat lafaz tersebut mereka ganti dengan: assalaamu 'alan nabiyyi. Sudah tentu lafaz ini dipergunakan oleh para sahabat berdasarkan persetujuan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. [289]

288 289

H/R Bukhari, Muslim, Ibnu Abi Syaibah, Siraj, Abu Ya'la. Baca Al-Irwa, no. 321. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 200. al-Albani.

63

www.rasuldahri.com

Bahkan Aisyah pernah mengajarkan tasyahud kepada para sahabat, dengan lafaz assalaamu 'alan nabiyyi." [290] Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: "Pada saat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup, para sahabat mengucapkan assalaamu 'alaika ayyuhan nabiyyu, tetapi setelah beliau wafat mereka tinggalkan kata ganti 'ka', sehingga menjadi assalaamu 'alan nabiyyi. Imam Subuki dalam Kitab Syarhul Minhaj setelah memaparkan riwayat dari Abu Awanah, menyatakan: "Jika ucapan itu benar dari para sahabat, hal itu menunjukkan bahawa penggunaan kata ganti 'ka' ('alaika) tidak wajib diucapkan kerana cukup mengucapkan 'assalaamu 'alan nabiyi'. Saya jawab: "Riwayat itu tanpa diragukan sedikit pun sah kerana terdapat dalam Sahih Bukhari, bahkan saya menemukan riwayat lain yang menguatkan." Imam 'Abdur Razzaq mengatakan bahawa Ibnu Juraij meriwayatkan kepadaku, ujarnya: "'Atha' telah meriwayatkan kepadaku bahawa para sahabat mengucapkan assalaamu 'alaika ayyuhan nabiyyu ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam masih hidup, tetapi setelah beliau wafat mereka mengucapkan assalaamu 'alan nabiyyi." Sanad hadis ini sahih. [291]

Tasyahud Ibnu Abbas
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengajarkan kepada kami tasyahud sebagaimana beliau mengajarkan kepada kami suatu surah Al-Qur'an, yang berbunyi: 2.

"Segala ucapan penghormatan, segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurnia-Nya. Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah."

290 291

H/R Siraj dalam Musnadnya (9/1/2) dan Mukhallash dalam Kitab Al-Fawa-id (11/54/1) dengan sanad sahih. Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 200. al-Albani.

64

www.rasuldahri.com

Dalam riwayat lain ditambah dengan:

"… hamba-Nya dan rasul-Nya.” [292]

Tasyahud Ibnu Umar
Dari Rasulullah sallallahu mengucapkan dalam tasyahudnya: 3. ‘alaihi wa-sallam bahawa beliau

"Segala ucapan penghormatan milik Allah, begitu pula segala kurnia dan ucapan pengagungan. Semua pertolongan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula kurnia Allah." Ujar Ibnu Umar; "Aku tambahkan pada bacaan ini kata-kata: [293] ‘Begitu pula semua kurnia-Nya.'" "Segala perlindungan dan pemeliharaan untuk kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah." Ibnu Umar berkata: "Aku tambahkan pula kata-kata: [294] 'Tuhan Yang Tunggal', tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya." [295]

Tasyahud Abu Musa Al-Asy'ari
duduk
292 293

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: "... Jika seseorang (pada dua rakaat ini), hendaklah ucapan pertama yang

294 295

H/R Muslim, Abu Awanah, Syafie, dan Nasa'i. Menurut Nasiruddin Al-Albani rahimahullah: Dua tambahan ini sah datangnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan bukan dilakukan oleh Ibnu 'Umar sendiri. la menerima dari sahabat-sahabat lainnya yang meriwayatkannya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Tambahan itu lalu ia satukan dengan bacaan tasyahud yang didengarnya dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara langsung. [Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 202. al-Albani] Idem. H/R Abu Daud dan Daruqutni dan disahkan olehnya.

65

www.rasuldahri.com

diucapkannya adalah: 4.

'Segala ucapan penghormatan, segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat dan semua kurnia Allah. Semua perlindungan dan pemeliharaan Allah untuk kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah (Tuhan Mahatunggal, tiada suatu apa pun yang menjadi sekutu-Nya) dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.'" [Tujuh kalimat ini adalah ucapan tahiyyat solat]. [296]

Tasyahud Aisyah
Qasim bin Muhammad berkata: Aisyah pernah mengajarkan kepada kami bacaan tasyahud. Seraya memberi isyarat dengan tangannya ia mengucapkan: 5.

(seperti tasyahud Ibnu Mas'ud) "Segala ucapan untuk menyatakan hormat, segala ucapan untuk menyatakan pengagungan, dan segala ucapan pujian serta ucapan untuk menyatakan pengkudusan hanyalah milik Allah. Segala perlindungan dan pemeliharaan untuk Nabi... dst.” [297]

296 297

H/R Muslim, Abu Awanah, Abu Daud, dan Ibnu Majah. H/R Ibnu Abi Syaibah, Siraj, Mukhallas, Baihaqi, dan lafaz hadis ini ada pada Baihaqi.

66

www.rasuldahri.com

20. MEMBACA SELAWAT 1. Cara Membaca Selawat

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca selawat untuk dirinya pada tasyahud awal dan lainnya. [298] Beliau menganjurkan umatnya berbuat demikian sebagaimana beliau memerintahkan untuk mengucapkan selawat setelah mengucap salam kepadanya. [299] Beliau mengajarkan kepada para sahabat berbagai macam bentuk lafaz selawat (setelah bertasyahud, pen.).

2.

Lafaz Bacaan Selawat
1.

"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberi rahmat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad, keluarganya, isteri-isterinya, dan keturunannya sebagaimana Engkau (Allah) telah memberikan kurnia kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung." Inilah lafaz selawat yang sering Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam baca ketika solat. [300]

298 299

300

H/R Abu Awanah dalam Sahihnya dan Nasa'i. Nasiruddin al-Albani menjelaskan: Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, kami sudah tahu bagaimana mengucapkan salam kepadamu dalam tasyahud, tetapi bagaimana kami mengucapkan selawat kepadamu?" Sabdanya: "Ucapkanlah olehmu: 'Allaahumma shalli 'alaa Muhammad... dst.'" Bacaan selawat ini tidak hanya berlaku untuk tasyahud kedua. Akan tetapi, dibenarkan juga dibaca pada tasyahud pertama. Demikianlah, dikemukakan oleh Imam Syafie seperti yang beliau sebutkan dalam Kitab Al-Umm karyanya. Pendapat inilah yang sah di kalangan murid-murid beliau seperti dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmu' (3/460) dan yang dengan jelas dinyatakan dalam Kitab Raudhah (1/263). [Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 204. alAlbani] H/R Ahmad dan Thahawi dengan sanad sahih dan Bukhari dan Muslim tanpa lafadz 'ahlu baitihi' (anggota keluarganya).

67

www.rasuldahri.com

2.

“Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [Ibrahim dan kepada] [301] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Ya Allah, berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan kepada] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.” [302] 3.

"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung. Berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada [Ibrahim dan] keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung.” [303]

301

302 303

Menurut Nasiruddin Al-Albani rahimahullah: Kata tambahan ini dst. terdapat dalam riwayat Bukhari, Thahawi, Baihaqi, dan Ahmad, serta Nasa'i. Ada beberapa sanad lain yang memuat lafaz-lafaz lainnya. Oleh kerana itu, janganlah Anda tertipu oleh pendapat Ibnul Qayyim dalam Kitab Jala'ul Afham halaman 198 yang mengikuti pendapat gurunya, Ibnu Taimiyah dalam Kitab Al-Fatawa (1/16). Beliau menyatakan bahawa tidak ada Hadis sahih yang menyebutkan lafaz 'Ibrahim' dan 'ali Ibrahim' bersamasama, padahal saya telah mengemukakan kepada anda hadis yang sahih di atas. Ini adalah bukti salah satu faedah dari Kitab Sifat Solat ini. Secara teliti dikemukakan riwayat dan lafaz-lafaz bacaan solat yang sebelumnya tidak pernah dikemukakan orang. Kelebihan ini semua adalah rahmat dari Allah. Oleh kerana itu, hanya kepadaNyalah kita bersyukur. Hal lain yang menunjukkan kesalahan Ibnul Qayyim adalah mengenai bacaan tasyahud no. 7 yang beliau nyatakan dha'if, padahal sebelumnya beliau sendiri menyatakan sahih. [Lihat: Sifat Solat Nabi, (nota kaki). Hlm. 204. al-Albani.] H/R Bukhari, Muslim, Nasa'i, Humaidi, Ibnu Mandah, dan dia menyatakan hadis ini telah disepakati sahihnya. H/R Ahmad, Nasa'i, dan Abu Ya'la dengan sanad sahih.

68

www.rasuldahri.com

4.

"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, [Nabi yang ummi], dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi kurnia kepada [keluarga] Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung." [304] 5.

"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, hambaMu dan rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim dan berilah kurnia kepada Muhammad, hamba-Mu dan rasul-Mu], [dan keluarga Muhammad] sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia kepada Ibrahim [dan keluarga Ibrahim]. [305] 6.

"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad, [kepada] para isterinya dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada [keluarga] Ibrahim; dan berikanlah kurnia kepada Muhammad, [kepada] para isterinya, dan anak keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kurnia
304 305

H/R Muslim, Abu Awanah, Ibnu Abi Syaibah, Abu Daud, dan Nasa'i, disahkan oleh Hakim. H/R Bukhari, Nasai, Thahawi, Ahmad, Isma'il Al-Qadhi dalam Kitab Fadhlush Shalah 'alan Nabiyyi halaman 28.

69

www.rasuldahri.com

kepada [keluarga] Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung." [306] 7.

"Ya Allah, berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan berikanlah kurnia kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat dan kurnia kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahaagung." [307]

21. BERDOA SEBELUM SALAM 1. Cara Berdoa

Semasa solat, beliau mengucapkan berbagai doa ketika ada perintah berdoa seperti ketika sujud dan tasyahud. Terkadang membaca doa ini dan terkadang membaca doa yang lain serta beliau membenarkan bacaan doadoa yang lain. Beliau menyuruh orang yang melakukan solat untuk memilih sesuai keinginannya. [308] Imam Atsram berkata: "Saya pernah bertanya kepada Ahmad: 'Doa apa yang aku baca setelah tasyahud?' Jawabnya: 'Doa yang tersebut dalam hadis Nabi.' Saya bertanya lagi: 'Bukankah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: '... pilihlah doa-doa sesukamu.' Jawabnya: 'Memilih doa yang sudah ada dalam hadis.' Lalu saya bertanya lagi, tetapi jawabnya: 'Ya yang ada dalam hadis.'" Kejadian ini diriwayatkan oleh Ibnu Taimiyah dalam Kitab Majmu' Fatawa (69/218/1) dan beliau menganggapnya sebagai hal yang baik. Kemudian dia berkata sesungguhnya lam pada kata doa maksudnya ialah doa yang disukai Allah, bukan sembarang doa. Selanjutnya, Ibnu Taimiyah mengatakan: "Pendapat yang terbaik iaitu bahawa membaca doa
306 307

308

H/R Bukhari, Muslim, dan Nasa'i. H/R Nasa'i, Thahawi, Abu Sa'id Ibnul A'rabi dalam Al-Mu'jam (79/2) dengan sanad sahih. Ibnul Qayyim dalam Kitab Al-lala' halaman 14-15 menisbatkan hadis ini kepada Muhammad bin Ishaq As-Siraj, kemudian beliau menyatakan sahihnya. H/R Bukhari dan Muslim.

70

www.rasuldahri.com

seperti digariskan bermanfaat."

dalam

riwayat-riwayat

hadis

dan

yang

Menurut Nasiruddin al-Albani rahimahullah: Pendapat itu benar, tetapi untuk mengetahui doa yang bermanfaat haruslah berdasarkan ilmu yang benar. Hal ini sedikit sekali yang mengetahuinya. Oleh kerana itu, yang utama ialah mengikuti saja doa-doa yang ada dalam riwayat hadis, terutama sekali bila doa-doa itu sudah memenuhi keinginan orang yang berdoa. Wallaahu a'lam.

2.

Lafaz Doa Sebelum Salam
1.

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Dajjal, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa-dosa [309] dan terbelit hutang.” [310] 2.

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari akibat-akibat buruk perbuatan yang telah aku lakukan [Kerugian dari kesalahan yang telah kulakukan atau kerugian dari kebaikan yang belum kulakukan.] dan yang belum aku lakukan.” [311]

309

310 311

Kita diperintahkan untuk berlindung dari berbuat dosa dan hutang. Hal ini didasarkan pada hadis Aisyah yang lengkapnya: Aisyah berkata: "Seseorang berkata kepada Nabi: 'Alangkah seringnya engkau mohon perlindungan dari terbelit hutang, wahai Rasulullah.' Sabdanya: 'Orang yang terbelit hutang kalau berbicara berbohong; kalau berjanji, ingkar." H/R Bukhari dan Muslim. H/R Nasa'i dengan sanad sahih dan Ibnu 'Ashim dalam Kitab As-Sunnah halaman 370 yang telah saya tahqiq dan diterbitkan oleh Maktab Al-lslami dan tambahan pada lafaz di atas tersebut dalam riwayatnya.

71

www.rasuldahri.com

3.

"Ya Allah, hitunglah (amal)ku dengan perhitungan yang mudah. " [312] 4.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan [di dunia dan di akhirat] yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan [di dunia dan di akhirat] yang aku ketahui atau yang tidak aku ketahui. Aku memohon syurga kepada-Mu dan semua cara yang menghantarkan ke sana, baik ucapan maupun perbuatan. Aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka dan semua jalan yang menghantarkan ke sana, baik ucapan maupun perbuatan. Aku memohon kepada-Mu kebaikan dari semua yang diminta oleh hamba-Mu dan rasul-Mu, [Muhammad. Aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan yang hamba-Mu dan rasul-Mu, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah memohon kepada-Mu untuk dilindunginya]. [Aku memohon kepada-Mu] agar Engkau menjadikan akhir segala perkara yang telah Engkau tetapkan untukku baik [bagiku]. " [313]
312 313

H/R Ahmad dan Hakim, disahkan olehnya dan disetujui Zahabi. H/R Ahmad, Thayalisi, Bukhari dalam Addabul Mufrad, Ibnu Majah dan Hakim, disahkan olehnya dan disetujui Zahabi. Baca Ash-Sahihah Hadis no. 1542.

72

www.rasuldahri.com

Beliau bertanya kepada seorang sahabatnya: 5.

"Apa yang engkau ucapkan dalam solat?" Ujarnya: "Aku bertasyahud, kemudian aku memohon syurga kepada Allah dan berlindung dari siksa neraka. (Nabi bersabda): "Demi Allah, alangkah baiknya permohonan yang kamu ucapkan dan diucapkan oleh Muaz." Beliau berkata: "(Kami selalu mengucapkan kalimat-kalimat tersebut)." [314] Beliau pernah mendengar seorang sahabat dalam tasyahudnya membaca: 6.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ya Allah, [Tuhan Yang Mahatunggal], tempat makhluk bergantung, tiada beranak dan tiada diperanakkan, tiada suatu apa pun yang menyamai-Nya, ampunilah segala dosaku, kerana Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: "Orang ini telah diampuni, orang ini telah diampuni." [315] Beliau mendengar sahabat lain dalam tasyahudnya berdoa:

314 315

H/R Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ibnu Khuzaimah (1/87/1) dengan sanad sahih. H/R Abu Daud, Nasa'i, Ahmad, dan Ibnu Khuzaimah, disahkan oleh Hakim dan disetujui Zahabi.

73

www.rasuldahri.com

7.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu bahawa segala puji adalah milik-Mu, tiada tuhan kecuali Engkau, [tiada sekutu bagi-Mu], [Maha Pemberi kurnia], [wahai] Pencipta langit dan bumi. Wahai Tuhan Yang Mahaagung dan Maha Pemurah. Wahai Tuhan Yang Mahahidup, wahai Tuhan Yang Mahaberdiri sendiri, [sesungguhnya aku memohon] [syurga kepada-Mu dan berlindung kepada-Mu dan siksa neraka]." 8.

[Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepada para sahabatnya: "Tahukah engkau apa yang dimohon orang ini?" Mereka menjawab: "Allah dan rasul-Nya lebih tahu." Sabdanya: "(Demi Tuhan yang menggenggam jiwaku], sesungguhnya orang ini telah memohon kepada Allah dengan menyebut nama-Nya yang agung, yang bila orang memohon dengan menyebut keagunganNya itu, Dia akan mengabulkan dan bila orang itu meminta sesuatu, Dia akan memberinya)." [316] Doa terakhir antara tasyahud dan salam yang beliau baca ialah: 9.

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku pada masa lalu dan akan datang, yang aku lakukan dengan sembunyi-sembunyi atau yang aku lakukan dengan terang-terangan dan apa saja perbuatanku yang berlebihan. Engkau lebih tahu tentang hal itu daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terkemudian, tidak ada tuhan kecuali Engkau.” [317]
316

317

H/R Abu Daud, Nasa'i, Ahmad, Bukhari dalam Adabul Mufrad, Thabarani, Ibnu Mandah dalam At-Tauhid 44/2, 67/1, dan 70/1-2 dengan sanad-sanad sahih. H/R Muslim dan Abu Awanah.

74

www.rasuldahri.com

22. MENGGERAK-GERAKKAN JARI TELUNJUK
Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah yang ditinggalkan). Sedangkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengamalkannya:

"Nabi menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca doa". [ ]
318

Hadis menggerak-gerakkan telunjuk ini mempunyai syawahid pada rawi Ibnu Adi (287/1). [319] Menurut Nasiruddin al-Albani: "Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerakgerakkan jari telunjuk berlangsung sampai dengan salam. Inilah pendapat Imam Malik dan lain-lain ". [320] Beliau menjelaskan lagi: "Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam". [321] Ia juga dilakukan oleh Imam Ahmad dan Imam-imam ahli hadis lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, tidak patut dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan telunjuknya dalam solat, pada hal mereka tahu riwayatnya sah. Mereka mencari-cari alasan untuk mentakwilnya dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh para imam. Hal yang aneh sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Alasannya ialah menyalahkan imam sama ertinya dengan mencela dan tidak menghormatinya. Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Pada hal dia tahu bahawa mencela
318 319 320 321

Ibid. Lihat: Sifat Solat Nabi. al-Albani. Lihat: Sifat Solat Nabi. al-Albani. Ibid.

75

www.rasuldahri.com

perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka bela mati-matian walaupun membelanya batil. Pada hal para imam tersebut perbuatannya sejalan dengan sunnah, bahkan celaan yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kerana Nabilah yang mengajarkan hal itu kepada kita. Oleh itu, mencela perbuatan menggerakgerakkan jari telunjuk sama halnya dengan mencela Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Adapun mengacukan telunjuk sebentar, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis sahih. Beliau menjelaskan bahawa hadis yang menyatakan: "Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya". Sanad hadis tidak sah. Jika hadis ini sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk. Dalam kaedah "Ditetapkan" maka menetapkan didahulukan dari menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujah untuk menyangkal menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujah". [322] Selain menghalau syaitan, terdapat fadilat-fadilat lain, antaranya:

"(Menggerak-gerakkan jari telunjuk) lebih keras (dirasakan) oleh syaitan dari pukulan besi". [323]

"Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melakukan perbuatan ini (menggerakkan jari telunjuk) dalam dua tasyahud (tasyahud awal dan akhir)". [324]

"Nabi pernah melihat seorang lelaki berdoa sambil mengacukan dua jarinya, lalu sabdanya kepada orang itu: Satu sahaja! Satu sahaja! Seraya mengacukan jari telunjuk". [325]

322 323

324 325

Lihat: Sifat Solat Nabi. (nota kaki) Hlm. 197. al-Albani. H/R Bukhari dalam Al-Amali (60/1), Ahmad, Bazaar, Abu Jaafar, Tabrani dalam Ad-Doa Hlm. 73/1. Abdul Ghani al-Muqaddasi dalam As-Sunan 12/2. Dengan sanad hasan dan Rauyani dalam Musnadnya 249/2 dan Baihaqi. H/R Ibnu Abi Syaibah dengan sanad hasan. H/R Ibnu Abi Syaibah, Nasa’i dan disahkan oleh Hakim serta disetujui oleh Zahabi. Hadis ini juga mempunyai syawahid pada riwayat Ibnu Abi Syaibah.

76

www.rasuldahri.com

23. MENGUCAPKAN SALAM
Diwajibkan menutup (mengakhiri) setiap solat dengan salam. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Dihalalkan setelah mengucapkan salam". [326]

mengakhirinya

(solat)

dengan

"... mengakhiri solat dengan mengucapkan salam. " [327] Apabila melakukan dan mengucapkan salam, hendaklah mencontohi cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

"Beliau mengucapkan salam dengan berpaling ke arah kanan seraya mengucapkan: As-salamu 'alaikum wa-rahmatullah, sehingga terlihat pipi kanannya yang putih. Kemudian berpaling ke arah kiri seraya mengucapkan: As-sallamu 'alaikum wa-rahmatullah, sehingga kelihatan pipi kirinya yang putih”. [328] "Ada kalanya pada bacaan salam yang pertama beliau menambah ucapan: “Wa barakatuh". [329]

"Ketika berpaling ke kanan beliau terkadang mengucapkan:
326 327 328 329

H/R Hakim dan Az-Zahabi dan disahihkan oleh keduanya. Disahkan oleh Hakim dan Zahabi. H/R Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Tirmizi. H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Tabrani, Daruqutni, Abu Ya'la, Al-Ausath, dan Abdur Razaq. Disahkan pula oleh Nawawi, Ibnu Hajar.

77

www.rasuldahri.com

As-salamu 'alaikum wa-rahmatullah, dan ketika berpaling ke kiri hanya mengucapkan: As-salamu'alaikum". [330]

"Terkadang beliau mengucapkan salam sekali sahaja dengan ucapan: As-salamu 'alaikum, dengan sedikit memalingkan wajahnya ke kanan". [331]

24. HUKUM MENGUSAP MUKA 1. Mengusap Muka Selepas Salam

Adalah perbuatan yang tidak ada contohnya dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak juga dari para sahabat, tabi'in, tabi'ut attabi’in atau para Salaf as-Soleh perbuatan mengusap (menyapu) tengkuk. kepala dan muka dengan tangan, sama ada setelah selesai memberi salam setiap kali solat atau sesudah membaca doa. Amalan mengusap (menyapu) tengkuk, kepala dan muka setelah selesai memberi salam atau berdoa adalah perbuatan bid'ah yang bertentangan dengan fatwa Imam Syafie. Beliau menentang perbuatan tersebut sebagaimana dijelaskan olehnya melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm:

"Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama
330 331

H/R Nasa’I, Ahmad dan Siraj dengan sanad yang sahih. H/R Muslim, Abu Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan Tabrani.

78

www.rasuldahri.com

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika beliau memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu 'alaikum, assalamu 'alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu 'alaikum wa-rahmatullah, assalamu alaikum wa-rahmatullah". [332] Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh beliau, kemudian beliau bertanya yang berupa larangan: "Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi". [333] Dalam riwayat yang lain beliau bersabda: "Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri". [334] Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka menyapu tengkuk, kepala dan kemudian muka setiap kali selesai memberi salam adalah juga merupakan sebagai tanda, isyarat atau sebagai penutup solat. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid'ah kerana menyerupai perbuatan mereka (yang menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri) yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, malah tidak ada hujah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan.

332 333 334

H/R Muslim. Lihat: Al-Umm. Jld. I. Hlm. 122. Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236. al-Albani. H/R Muslim, Abu Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan Tabrani.

79

www.rasuldahri.com

2.

Mengusap Muka Selepas Berdoa

Kebiasaan masyarakat Islam dewasa ini, setiap kali selesai berdoa mereka mengusap (menyapu) muka sebagai penutup doa dan untuk mendapat berkat dari doa tersebut. Sebenarnya perbuatan tersebut tidak mempunyai dalil yang sahih kerana semua hadis-hadis yang menunjukkan menyapu muka setelah selesai berdoa kesemuanya lemah belaka. Antara hadis-hadis tersebut ialah: (Hadis Lemah 1)

"Dari Muhammad bin Ka'ab al-Qurdzi dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah, maka mintalah dengan telapak tangan kamu, jangan memintanya dengan belakangnya. Dan sapulah dengannya muka kamu". [335] (Hadis Lemah 2)

"Dari Soleh bin Hassan al-Ansari, dari Muhammad bin Ka'ab al-Qardzi dari Ibn Abbas, beliau berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Jika engkau berdoa kepada Allah, maka berdoalah dengan telapak tanganmu, janganlah berdoa dengan kedua-dua belakangnya. Maka setelah selesai, sapulah wajahmu dengan kedua tanganmu ". [336]

335

H/R At-Tabrani dalam

10/10779, Az.-Zahabi dalam

1/536, dan Al-Baihaqi dalam

336

2/212. H/R Ibnu Majah dalam Sunan. 1/373 Hadis No. 1181.

80

www.rasuldahri.com

Kedua-dua hadis di atas ini adalah sangat lemah kerana pada sanadnya terdapat perawi yang lemah sebagaimana dapat diketahui dari penjelasan di bawah ini: 1. Dalam az-Zawaid dinyatakan: Isnad hadis ini lemah. la dilemahkan kerana Soleh bin Hassan. [337] 2. Menurut Imam Bukhari rahimahullah: Hadis dari Soleh bin Hassan alAnsari dari Muhammad bin Ka'ab al-Qurdzi adalah hadis mungkar. Dan beliau berkata lagi: Setiap seseorang yang telah aku katakan hadisnya mungkar, maka tidak halal untuk meriwayatkan hadis darinya. [338] 3. Menurut Ibnu Hibban: Semua hadis yang diriwayatkan oleh (Soleh bin Hassan al-Ansari) adalah hadis-hadis palsu. [339] 4. Menurut al-Hafiz "Ditinggalkan”. [340] Ibn Hajar rahimahullah. Soleh bin Hassan

5. Tambahan "Dan sapulah muka kamu, maka ia adalah tambahan yang mungkar". [341] 6. Berkata Abu Daud: Dia seorang yang lemah.'' [342]

337 338 339 340 341 342

Lihat: Sunan Ibn Majah. 1/373. Lihat: 1/6. Az-Zahabi. Lihat: Al-Irwa al-Ghalil. 2/180. al-Albani. Lihat: Ibid. Lihat: 10/319. 2/212. Al-Baihaqi.

81

www.rasuldahri.com

(Hadis Lemah 3)

"Berkata Hammad bin Isa al-Juhani dari Handhalah bin Abi Sufyan al-Jumahi dari Salim bin Abdullah dari bapanya dari Umar bin al-Khattab radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat tangannya dalam berdoa. Beliau tidak mengembalikan kedua tangannya sehingga mengusap wajahnya. Berkata Muhammad bin al-Muthannah dalam hadisnya: Beliau tidak mengembalikannya keduanya sehingga mengusap dengan kedua tangannya wajahnya". [343] 1. Hadis di atas ini adalah hadis lemah kerana sanad hadis ini berasal dari Hammad bin Isa al-Juhani. Nama penuh beliau ialah: Hammad bin Isa bin Ubaid bin at-Thufail al-Juhani alWasiti al-Basri. Dia seorang perawi yang sangat lemah. 2. Berkata Nasiruddin al-Albani rahimahullah: Perawi seperti dia adalah lemah sekali. Maka hadisnya tidak boleh dihasankan, dengan demikian sama sekali tidak boleh disahihkan. [344] 3. Menurut al-Hafiz Az-Zahabi: “Hammad bin lsa al-Juhani adalah perawi yang lemah.” [345] 4. Abu Zur'ah ar-Razi rahimahullah berkata: “Hadis (Hammad) ini adalah hadis mungkar yang diyakini tidak ada asalnya”. [346] 5. Hadis di atas ini juga dilemahkan oleh para ulama hadis. Antaranya ialah: Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam Ahmad dan Abu Hatim ar-Razi. Berkata Ibnu Makula: “Para ulama hadis telah melemahkan hadis-hadis Hammad.” [347]

343 344 345 346 347

H/R Tirmizi. 5/3386. Lihat: lrwa al-Ghalil fii Takhrij Ahadis Manaris Sabil. 2/433. Lihat: Lihat: Lihat: 16/67. Az-Zahabi. 2/351. Ibnu Abi Hatim ar-Razi. oleh Ibnu Hajar. Lihat: 2/841. Ibnu al-Jauzi.

82

www.rasuldahri.com

(Hadis Lemah 4)

"Dari Abdullah bin Abbas, sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Janganlah kamu menutupi dindingdinding (dengan kain), sesiapa melihat kitab saudaranya tanpa izinnya, maka sesungguhnya dia telah melihat dalam neraka. Mintalah kepada Allah dengan telapak-telapak tangan kamu dan janganlah meminta dengan belakangnya. Jika kamu telah selesai berdoa, maka usaplah wajahmu dengan telapak tanganmu". [348] Menurut para ulama hadis, hadis ini sangat lemah kerana mempunyai beberapa illah (penyakit): 1. Berkata Abul Hasan bin al-Qatthan dan Al-Hafiz Iban Hajar: "Perawi hadis ini (Abdul Malik bin Muhammad bin Aiman al-Hijazi) "Tidak 349 diketahui tidak dikenali". [ ] 2. Berkata Abu Daud:

"Hadis ini telah diriwayatkan dari berbagai jalan dari Muhammad bin Ka'ab, yang semuanya sangat lemah. Walaupun sanad ini ialah yang terbaik, namun hadis ini juga adalah lemah". [350] Dengan penjelasan di atas, ternyata bahawa hadis-hadis tentang menyapu muka setelah selesai berdoa adalah perbuatan bid'ah kerana perbuatan tersebut tidak ada contohnya dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari para Salaf as-Soleh. Allahu a'lam bissallallahu ‘alaihi wa-sallamab walmusta'in.

348 349 350

H/R Ibn Majah dan Abu Daud. Lihat: Ibnu Hajar. Lihat: Mukhtasar Sunan Abu Daud, 2/1432.

83

Tidak ada komentar:

Posting Komentar